Followers

24 December 2009

buat sahabat.. =)



post kali nie, ditujukan khas buat
semua sahabat2 Imtiaz Dungun tercinta:
una,nasya,AF,cah,aishah,mel,eni,fifah,meni,baina
dan sahabat2 seperjuangan di UiTM kuantan..
especially :
NurulJannah bt Ismail
hayati yup.. =)




" kau hadir : dehearty "


semoga ukhuwwah yang tersemai indah antara kita
kan tetap subur mengharum hingga ke akhirnya..
insyaAllah..




21 December 2009

'tolong + terima kasih'



insyaAllah, post kali ini, ana nak 'highlight'kan istilah yang amat mudah untuk disebut, tetapi tersangatlah susah untuk diungkapkan.. istilah ini juga boleh membuatkan si pendengar senang hati.. haa.. agak-agaknya lah kan, boleh teka tak? istilah yang ana maksudkan itu ialah



"tolong dan terima kasih"...


tolong :-

which one do you prefer? :

situasi 1 :-

"husna, bukak lampu jap"

situasi 2 :-

"husna, tolong bukakkan lampu boleh?"

haa...jadi yang mana pilihan hati antum-antunna semua? ana konfem yang semestinya situasi 2 lagi memikat hati kan? jadi, kenapa susah sangat bagi kita semua untuk menzahirkan ungkapan 'tolong' tu? adakah kerana semata-mata untuk mempertahankan ego yang memuncak-muncak? ataupun, kerana sahabat karib yang menjadi alasan?

" ala... dia kan kawan baik saya. buat apa nak skema-skema sangat? "

hurm, macam-macam alasan kan.. walau dah terang-terangan salah pun, tetap nak isytiharkan yang diri tu betul.. boleh ke?


terima kasih :-

indahnya ungkapan terima kasih ini seandainya bersulamkan keikhlasan.. namun, seringkali juga ungkapan ini diabaikan dalam kehidupan seharian kita..

"alaa... kawan kan.. biasala tolong-tolong nie.. tak payah terima-terima kasih pun"

namun, jauh disudut hati, tetap mendambakan ucapan tu kan? =) orang yang tolong kita dalam keadaan terpaksa pun boleh cair kalau dengar istilah tu.. tak percaya ea?

A : boleh tak kau tolong print assignment aku?
B : kejapla.. aku ada kerja ni..
A : ala.. kejap je.. lagipun, jap agi kelas sir nawy.. matila aku kalo tak submit lagi nie..
B : apsal kau tak pegi sendiri?
A : aku tengah kelas lagi ni..
B : okla.. bak sini pendrive tu..!

B pun dalam keadaan yang banyak kerja pun, terpaksala tolong A.. semestinya, macam-macam kata-kata kesat+tidak senonoh yang dilemparkan kat A.. tapi, 4 sure, dalam hati jela kan...

sesudahnya.....

B : Nah... tapi, jangan lupa tau, belanja aku 3 hari 3 malam..
(sempat lagi si B mintak lebih2.. nampak sangat tak ikhlas kan?)
A : tak kisahla tu.. TERIMA KASIH B.. kau memang kawan yang baik...
B : err... urm, sama-sama...

haa.. tengok.. kan dah terbukti peri pentingnya ucapan tu..ucapan tu saja dah cukup untuk menzahirkan betapa kita menghargai jasa dan pengorbanan seseorang kat kita.. jadi, kenapa susah sangat nak menghargai jasa orang kat kita? tidak ada salahnya kalau rendahkan sikit ego tu.. faedahnya, kita akan lebih disayangi dan disukai orang..

kalau kat Allah pulak macam mana? kedekutnya seseorang hamba itu seandainya tak pernah mengucapkan kalimah "alhamdulillah" sebagai tanda syukur atas segala nikmat + musibah yang Allah berikan.. jadi, tidak mustahilla kalau tak pernah ucap 'terima kasih' kat ibu-bapa mahupun sahabat handai..

walau apapun alasan+bantahan+hujah kita, namun, akal yang cerdas tetap tidak akan mempertikaikan kepentingan ungkapan-ungkapan tersebut..

jadi, jikalau kita mahu orang lain sopan terhadap kita, bersopanlah terhadap orang lain.. gantikan kata-kata kasar yang seringkali diungkapkan dengan kata-kata yang boleh menyenangkan telinga yang mendengar.. inilah yang boleh mengubah persepsi orang terhadap kita.. jadilah insan yang tinggi budi bahasanya.. kelak, kita pula yang akan disanjung tinggi.. insyaAllah, kehidupan akan lebih diredhaiNya..





jadi, di sini, ingin ana lafazkan ucapan indah ini buat semua sahabat ana, kerana
sentiasa bersama ana dikala mentari menyinar dan jua dikala badai melanda..

TERIMA KASIH sahabat... =)



18 December 2009

Akulah yg kejam


..AKULAH YANG KEJAM..


Manusia…

Allah sangat baik kepada kamu..

Kenapa kau selalu ingkar pada suruhanNya?

Kau selalu ketepikan hak Allah atas dirimu..

Kenapa begitu kejam wahai manusia??...

Di mana hatimu?

Di mana akal warasmu??..


Ya Allah..

Kau maha Esa..

Aku hamba hina..

Aku selalu lupa kepadaMu..

Tapi Kau maha Mengasihani..

Kau pulangkan aku ke pangkal jalanMu dikala aku hanyut di dunia khayalanku..

Kau menarik kembali perhatianku pada Mu dikala aku alpa dengan syurga dunia..

Kau hulurkan pertolonganMu di kala aku sangat memerlukannya..

Kau beriku peluang demi peluang untukku kembali mengejar cintaMu..

Namun, aku masih sering berburuk sangka kepadaMu..

Lantaran kejahilanku..

Hanya kerana Kau tidak mengabulkan hajat ku..

Aku lupa bahawa Kau maha mengetahui apa yang TERBAIK untukku..



Ya Allah,

Pulangkanlah imanku ya Allah…

Jangan kau biarkan ia lari jauh dariku walaupun sedetik cuma..

Hatiku akan meronta tanpa iman..

Yang semestinya mendekatkanku kepadaMu..

Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia..

Aku tidak pernah mensyukuri segala nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan..

Aku lalai untuk menadah tangan meminta pertolonganMu..

Bahkan, kepada manusia jualah aku meluahkan perasaan..

Sesungguhnya, aku lupa bahawa Engkaulah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..



Ampunkanlah aku Ya Allah..

Aku hambamu yang hina..

Yang seringkali alpa….

Namun, aku berjanji ,Ya Allah,

Tidak akan kecundang lagi..

Kerana Kini telah kusedari,

Akulah Mujahid penegak Deenul Islami..!

Telahku bulatkan tekad dan sematkan keazaman

Demi penghijrahan diriku sempena Tahun baru ini..



salam maal hijrah..


16 December 2009

Hakikat Cinta..


Tolong sampaikan pada si 'dia'....


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya, bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih menilai zuhudnya, bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula membayangkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu menguasai fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah bercinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..


Hanya Engkau Ya Allah, yang maha mengetahui siapa si 'dia'..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..



Simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu diriku suatu hari nanti..




p/s : semoga post kali nie, sedikit sebanyak

mampu menyedarkan kita hakikat sebenar CINTA..



*this article is from my fren... credit 2 Nani..






14 December 2009

( hidup )

kadang-kadang, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada orang lain.. kerana, seseorang itu pasti akan merasa kecewa atas kelakuan kita itu.. yup! we always want to do the best, right? but, sometimes, please give the others pleasure.. contohnya, kalau kita dalam satu kumpulan belajar, mestilah kita mahukan yang paling baik buat kumpulan kita.. jadi, work as a team.. walaupun niat kita baik ( tidak mahu menyusahkan orang lain), kita perlu ingat bahawa, tidak semua orang seperti apa yang kita tafsirkan.. tidak ada salahnya melakukan sesuatu bersama-sama.. malahan, banyak kebaikan yang pasti kita dapat..

kerana, kadang-kadang, kita yang merasa kecewa jika mereka mengabaikan kita dalam sesuatu kerja.. kita yang merasa penat apabila semua kerja dilakukan seorang diri.. at the end, siapa yang perlu disalahkan? saya? awak? kita? mereka? ana? anta? .. tepuk dada tanya hati...

sebab itulah hidup ini bukanlah seperti apa yang kita jangkakan... life is more than that! apabila kita berada di atas, jangan menyisihkan mereka yang di bawah, dan apabila kita berada di bawah, jangan mudah mengisytiharkan diri sendiri kalah! because, we are what we want to be..
ayuh! kita sama-sama memuhasabah diri, agar kehidupan yang mendatang disinari Nur Illahi..

" sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " Ar- Ra'd , petikan ayat : 11

13 December 2009

............


kerap kali aku disedarkan bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur.. tapi, aku buntu dengan mimpi-mimpi yang telah dialamiku.. adakah mimpi-mimpiku itu membawa petanda? atau ianya hanyalah pengindah malamku semata..? sejak di sekolah menengah lagi, aku sering berdoa agar diriku sentiasa terus dijaga dengan rahmat dan kasih-sayangNya.. namun, hampir juga diriku tersasar.. kerana aku juga adalah seorang remaja biasa.. Alhamdulillah, kehadiran sahabat-sahabat ternyata membawaku kembali kejalan yang diredhai.. dan malam itu, mimpi itu datang lagi.. bersama debaran yang cukup aneh.. mimpi yang samar dan kabur, namun cukup untuk membuatkan ku berfikir dan terus berfikir.. adakah ini petunjuk kedua yang diberikan Allah kepada diriku? aku buntu dan makin buntu.. Ya Allah, bantulah aku menjaga hatiku.. Sinarilah hati ku ini dengan Nur HidayahMu.. kuatkanlah semangatku ya Allah.. hanya kepadaMu aku mengadu....
"kuharap, kau hadir tepat pada waktunya.."






04 December 2009

I am very powerful!


wanna share this...
totally, i'm not the one who create this...
but, just read...
n be motivated...


I am very powerful!

Whatever I set my mind on having, I will have.
Whatever I decide to be, I will be.
The evidence is all around me.
The power of my will has brought me precisely to where I am right now.
I have made the choices. I have held the thoughts.
I have taken the actions to create my current reality.
And I have the power to change it into whatever I want it to be.
With the choices I make, I am constantly fulfilling the vision I have for my life.
If that does not seem to be the case --
then I am deceiving myself about what I really want.
Because what I really, truly want, I will get!
What I truly wanted in the past, I already have.
If I want to build a billion-dollar business, I will take the actions necessary to do it.
If I want to sit comfortably watching TV night after night --
I will take the actions necessary for that.
Don’t be disappointed in my results --
they’re just the outward manifestation of my priorities.
I will be sure of what I truly want,
because I am sure to get it!

p/s : semuanya bergantung pada kita sbb kita yg akan mencorakkan hidup kita.. but, don't 4get, lets Al-Quran n as-sunnah be as the guidances... insyaAllah, everything will leads us 2 al-Jannah.. =)