Followers

19 October 2009

Ukhuwwah

Ukhuwwah~


Ukhuwah…apa tu??!!
Adakah anda menyemai ukhuwah anda melalui persahabatan yang tulus ikhlas atau menggunakan keegoan yang tidak pernah mengalah?

Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita…kerana ukhuwwah adalah titik kekuatan kita. Semua musuh islam sangat-sangat beriman dengan hakikat ini...Bagaimana pula dengan kita?

Kadang-kadang kita tertipu dengan keramaian. Kita tafsir ukhuwwah fillah dengan tahap keramahan dan keramaian kita. Makin ramah, makin ramai sahabat, hubungan baik...maka, itulah ukhuwwah fillah. Tapi sebenarnya sejauhmana hati-hati kita telah benar-benar diikat dengan tali Allah? Lapang dada kita...ithar kita...budaya ta’awun (tolong menolong)...tanassuh (nasihat-menasihati) ...tarahum...Sudah cukupkah? Sudah terbuktikah?

Baju sahabat yang belum berbasuh, berapa ramai yang ringan tulang tolong cucikan?

Bila sahabat datang ke rumah, berapa ramai yang melayan bersungguh-sungguh? Atau sekadar buka pintu, kemudian lari masuk ke bilik masing-masing...

Bila datang ke rumah sahabat, melihat pinggan mangkuk kotor di sinki, berapa ramai yang tolong basuhkan? Atau kita sendiri makan dan menambah bilangan pinggan kotor di sinki?

Bila sahabat bertandang, berapa ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam? Atau kita buat tak tahu,, teruskan membaca al Quran atau menghadap laptop...

Bila sahabat minta tolong, berapa ramai yang menghulurkan?

Bila sahabat pulang ke rumah dari universiti atau hospital, berapa ramai yang bertanya khabar dan perasaan dia? etc...

Bila ukhuwwah masih belum settle, bagaimana mahu bicara tentang negara...tentang khilafah...tentang ustaziyatul ’alam? Tidak tertegak negara islam Madinah tanpa persaudaraan Ansar dan Muhajirin. Nabi sedar kepentingan hakikat ukhuwwah fillah ini.

kita sering mepersoalkan ukhuwwah orang lain tapi jarang sekali kita menjadi orang yang bertolak ansur jika terdapat perselisihan faham.

“Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

Virus boleh menyerang bila body defence jadi lemah. Body defence di sini adalah iman. Iman dan ukhuwwah sangat berkait rapat; yang satu melahirkan yang satu lagi.

Jika iman tidak dijaga, maka mudahlah syaitan dan musuh menyerang. Akhirnya, ukhuwwah kita dijangkiti virus; untuk mengubatinya akan ambil masa pula...boleh jadi setahun dua.

Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”




itulah antara sedikit sebanyak yang saya baca dari lawan web tarbiyyah itu

ya...kita sering mempersoalkan ukhuwwah orang lain pada kita tapi jarang kita melihat bagaimana ukhuwwah kita pada orang lain.Satu perkara yang harus kita renungkan.

mungkin ini adalah antar ayat-ayat yang sering kita tuturkan:

"Asyik aku aja yang ajak dia makan. Hari ni aku nak tengok dia ajak tak aku makan,"

"Asyik aku aje yang senyum dulu kat dia, Hari ni aku nak tengok dia senyum dulu tak kat aku"

"Asyik aku aje yang tegur dulu, Hari ni aku nak tengok dia tegur tak aku dulu,"

"asyik aku je..."

itulah kata-kata yang sering kita ungkapkan antara sedar atau tidak.

Hadis rasulullah s.a.w:
"Dari Annas Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Jadi, antum antunna fikirkanlah, adakah selama ini kita memikirkan sahabat-sahabat kita sama ada berada dalam kesusahan atau kesenangan dikala kita sedang menikmati keindahan hidup.Sejauh manakah anda semua menghargai sahabat-sahabat anda selama ini, selama anda berkongsi bumbung asrama dengan mereka?
Fikir-fikirkanlah!!

JAUHKAN PERSENGKETAAN,
SEMARAKKAN UKHUWAH BERPAKSIKAN IMAN!!!

p/s : entry kali nie, berkisarkan tentang ukhuwwah a.k.a persaudaraan sesama kita.. dan sukacita dimaklumkan, entry kali nie, ana ambil dari post salah seorg shbt ana dr blog exSIM.. jadi, kepada shbt2 (imtiaz) yang dah lama x buka laman web 2, bkak2 la (nasihat utk diri ana sendiri jgak=).. ).. ade input2 penting yang sentiasa diupdate.. sekian..

wallahu'alam..

14 October 2009

Jihad (2)


bab 2:
Jihad sebenar dalam Islam

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad,
Pertama; Jihad Agung iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan.
Kedua; Jihad Kecil, iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

Selain itu, peperangan juga merupakan salah satu pembahagian Jihad.
Walaupun begitu,
prinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama umat-umatnya supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam teraniaya atau terancam.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah
al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;


“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”
.

Firman Allah dalam surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.

Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangi atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.


p/s :
moga kedua2 entry berkaitan Jihad yg
telah ana siarkan ini,
tergolong dalam ilmu2 yang bermanfaat dan diberkatiNya.


artikel ini telah diedit+ditapis dari :
rujukan: JAKIM


Jihad (1)

bab 1 :
apa itu Jihad?

sebagai muqaddimahnya,
perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam.

dari sudut bahasa,

Jihad
berasal daripada kalimah al-Juhd,
yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini,
maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha
mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal,
iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat
keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya.

Dalam pengertian yang lain,
Jihad
adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang
tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.


Jihad
menurut al-Quran pula adalah umum dan menyeluruh,
iaitu merangkumi semua aspek daya serta tenaga kemampuan
dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya
demi mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran.
“Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah
meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan berupa manusia
dan juga Jin yang kerap menggoda nafsu manusia
dalam bentuk zahir ataupun batin.


Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai ayat.
Antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu,
menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran,
pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.


entry seterusnya : "Jihad sebenar dalam Islam"

rujukan: JAKIM



"hati OH hati"

bismillaahirrahmaanirrahim..

Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat
tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia ,
kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati
yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi:

"Hati adalah menteri yang menasihati (al-qolbu wazeerun naaseh)".

Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat ,
tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu. Akan tetapi,
pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :

" Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati ".

Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs).
Oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa, maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain,
akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit, ini berkait rapat
dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap,
dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.
Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita.

Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga
didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu .
Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk jenayah seperti
penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.

Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah
yang dibaluti
Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam.
Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan.
Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain.
Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.

Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya , usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih mashur daripada orang lain dalam sesuatu usaha
yang dijalankannya seperti perniagaan , pelajaran dan lain-lain.
Ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain.
Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan.

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam
Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :

"Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta".

Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah , maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan
mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya
berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada wanita lain.
Oleh itu, kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT
agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa:

"Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu (Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik)".

Islam juga telah menggariskan pelbagai langkah untuk kita,
sebagai penganutnya melakukan rawatan perubatan penyakit hati ;
Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (
Tilaawatul Quraan Bittaffakuri).
Ramai orang yang membaca al-quran al-karim akan tetapi berapa ramaikah diantara mereka yang benar-benar memahami makna kandungan kalamullah itu?
Dewasa ini tidak ada alasan lagi bahawa , "
saya tidak memahami Al-Quran kerana saya tidak memahami Bahasa Arab" kerana, sudah banyak usaha-usaha yang telah dibuat
oleh pihak Kerajaan seperti Penterjemahan Al-Quran dalam pelbagai Bahasa ;
Melayu , Inggeris , Cina dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian , membaca al-quran sambil mengayati kebesaran dan kandungan makna al-quran sudah pasti akan dapat melembutkan hati dan jiwa kita. Sedangkan
Saidina Umar Al-Khattab R.A pun boleh lembut hatinya ,
bagaimanakah pula dengan keadaan kita ?

p/s: tepuk dada, tanya iman, analisa nafsu.


entry kali ini, diedit+ditapis dari:

PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ?
TUAN ASMAWI TUAN UMAR


11 October 2009

salam ukhuwwah..


"pertemuan itu indah..
perpisahan itu gundah...
selagi pertemuan dan perpisahan itu
kerana Allah,
hati akan tetap dibajai ukhuwwah.."


video

video nie ditujukan khas buat:
bFF- mel, aini, baina, una, cah, nasya,
5 Ummu Ruman'08
SPM'08 students..
n all of my frens..
=)

semoga berjaya mengejar cita2,
semoga hidup diredhaiNya,
selamat maju jaya..
All da best!

07 October 2009

mEm0iRs

sweet memoirs in UiTM kampus Kuantan for my first sem as a TESLian..




kami yg beria2 pakai baju batik.. UiTM dihatiku.. =)
J, aina, wan, ayien, sya, ama, dayah n nani..
frens 4eva yup!!

sweet friends
J,aina,wani,wan,yan n zura..

time campus day out..
kami yang keanak2an..hehe..
ama,zura,wani,nani,ayien,wan,sya..
(mane J???)


mereka menceriakan suasana.. =)
Ja, asyraf,wan,nadia(baby),aina,mirah,noreen,belle..



comey...=p
raf n dayah..

dekat di hati.. =)
adilin n ja...
p/s: ja, sorry, curi gmbr from your blog.. =)



n lastly, my 'happening' CLASSMATES...



randomly:
nabil,asyraf,ridz,zuhdi,k-rol,kerey,reza,amir,joe
belle,miera,mirah,ja,nadia,adilin,
J,ayien,aina,wan nur,nani,noreen,

sya,amal,raf,dayah,she-dar,DA,
azia,ecah,wani, maryam,miejah..


+

dis 2 missing guys (left 2 IPG)

syazwan n syahmi..


04 October 2009

Pretending..


when the word 'pretending' conquers..
we will be different...
yes! 'dare to be different!'
but, is it all we need?
breaking the rules..
ignoring the regulations...
worse, when Muslims be in contact...
doing somethings just to be respected..

why we should pretend
in doing good things?
where does the 'pure intention' lose?
but, if the hearts still say NO!!,
it will be nothing at last...

remain the virtue..
be responsible..
credible obedience..
it is all what we exactly need....
towards generating GREATER ummah..