Followers

08 September 2011

eh, cerita apa ni?


assalamualaikum wbkth..

xsangka.. sudah genap satu tahun jari jemari ni tidak menari rancak di laman sesawang ini.. betapa diri ini rindu untuk berceloteh panjang untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian.. tanpa anda, siapalah diri ini.. *ops! :)*

sebenarnya, macam-macam perkara dan perubahan sudah berlaku dalam masa satu tahun ni. tak sangka ya, cepat betul masa berlalu. kalau boleh dicoretkan di sini, memang sampai esok la duk depan laptop ni.. :) tapi, tak semestinya tak boleh cerita kan? azreen konfem, mesti ada jugak yang nak tahu perkembangan tentang diri azreen ni kan.. *anggukkepala* hehe..

to be short, sebenarnya, azreen tak belajar di arau lagi dah.. tempat terbaru ialah di Perak.. tak ada bezanya pun dengan Arau tu.. sama-sama jauh dari rumah.. tapi, yang berbezanya bidang yang azrn ambil sekarang.. kalau dulu azrn dapat tawaran dalam bidang IT, sekarang tak lagi.. azrn dah menjalani proses penukaran kursus.. macam-macam prosedur yang kena ikut.. tersangat detail dan sampailah terpaksa mengorbankan satu sem demi masa depan.. alhamdulillah, keputusan untuk mengambil cuti belajar selama satu sem untuk menguruskan proses penukaran kursus ini bukanlah satu tindakan yang sia-sia.. pihak UiTM telah berbesar hati untuk meluluskan permohonan tersebut.. dan hasil daripada itu,azrn sekarang berada dalam bidang BBA (Hons) Human Resource Management.. dan alhamdulillah, azrn setakat ni dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan HR ni..

for now, azrn sedang berkemas untuk balik ke UiTM Sri Iskandar, Perak semula setelah puas bercuti selama 4 bulan.. semangat untuk kembali belajar tu memang ada, cuma semangat untuk mengemas dan mencari barang-barang yang dibawa pulang 4 bulan yang lepas tu masih belum menyala.. *malastuadatapisikitsikitjetau* :)

oklah, mungkin setakat ini dulu coretan pembuka tirai musim baru ni.. ikutkan hati, nak tulis panjang lagi.. tapi diri ini terpaksa berkemas untuk meneruskan perjuangan di bumi UiTM.. lagipun, esok dah nak memulakan perjalanan.. insyaAllah, kalau ada cerita menarik lagi, kita kongsi lagi ye..

masih terlambat untuk cik penulis mengucapkan : selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua.. moga kemanisan di bulan tarbiah yang lalu tidak dilupakan dek kebahagiaan yang dikecapi pada syawal ini..

salam mujahadah~ :)


alhamdulillah..

bismillahirrahmaanirrahiim..

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, dapat lagi ana meneruskan perjuangan melalui wadah ini.. tidak disangka-sangka password yang sudah 1tahun dilupakan dapat diingati pada hari ini.. sesungguhnya, hanya Engkau yg maha mengetahui hikmah disebalik semua ini.. alhamdulillah.. semoga perjuangan ana dapat diteruskan lagi.. insyaAllah..

salam rindu buat para follower n blogger~ :)