Followers

13 April 2012

Renungan buat diri : MASA



Ramai yang telah menyedari masa itu amat bernilai. Ya, tidak dapat ditukar ganti walau dengan emas sekalipun. Tapi, seramai mana yang begitu bermotivasi dengan jadual kerja mereka dalam kehidupan seharian. Perlukah semua orang terutamanya golongan mahasiswa mengambil subjek Personal Development untuk meningkatkan jati diri mereka? Walhal, berapa ramai yang akan betul-betul mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.

Saya tak tujukan post ini kepada siapa-siapa. Post ini memang ditujukan kepada saya. Salah satu cara untuk saya menilai kembali, sisi baik dan sisi buruk diri saya ini. Saya sendiri amat susah untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Walau sesempurna manapun perancangan saya, pasti akan ada mehnah yang benar-benar menguji diri ini.

Namun, tiada salahnya kalau kita sama-sama cuba untuk menaikkan jati diri kita. Mungkin sebagai seorang mahasiswa berjaya. dan Pasti, sebagai seorang muslim produktif. Ayuh sama-sama sumbangkan sesuatu untuk Islam. Moga Allah redha!


11 April 2012

warkah dari seorang saya buat seorang awak. :)


assalamualaikum awak..
moga diri awak sentiasa dibawah lindunganNya..

awak,
awak tahu tak awak seorang yang baik?
jadi, kenapa awak cuba nak jadi diri orang lain?
mungkin awak pun macam saya,
masih tercari-cari identiti dan nilai diri sendiri di dunia ini..
tapi, saya harap, walau apa pun identiti yang kita cuba nak jadi,
kita masih pada jalan yang betul..
ala, jalan yang lurus la..
macam dalam surah al-faatihah yang selalu kita alunkan
masa kita dating dengan Allah tu.. :)

awak,
saya suka kawan dengan awak..
kenapa? sebabnya..
awak seorang yang sangat ceria..
senyuman awak tu ibarat mentari pagi yang menyinari..
cukup memberikan ketenangan pada siapa saja yang memandang..
awak tak percaya?

tapi, awak..
kenapa awak macam cuba nak jauhkan diri dari saya?
oh.. mungkin saya tak cukup baik untuk jadi sahabat awak..
saya pun akui tu..
saya banyak sangat kelemahan..
dan saya sangat berterima kasih dan bersyukur
sebab, walau diri saya ni dihiasi dengan bermacam-macam kekurangan,
masih ada orang yang nak kawan dengan saya..
takpe, saya tak kisah..
bahkan, saya dah biasa dah..
jadi, saya doakan awak berjumpa dengan seorang sahabat
betul-betul dapat hargai awak.. :)

jadi, awak..
di kejauhan, (merentasi sempadan dan waktu)
saya doakan Allah bagi semua yang terbaik untuk awak..
maafkan saya andai saya tak mampu untuk jadi
seorang sahabat terbaik untuk awak..
insyaAllah, nama awak dan kawan-kawan saya yang lain
akan saya selalu sebut dalam doa saya.. :)

wassalam..

p/s : siapa saya? dan siapa awak?
oh, sudah tentu, tiada kena mengena
dengan yang telah meninggal dunia.. :)

08 April 2012

Jarak itu INDAH


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah ,
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu .
Aku semakin mengerti,
‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..
tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji
untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji
untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji
untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji
untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin
andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA
untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s :
Terima kasih ya Allah
kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..
terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..
moga JARAK ini dapat mentarbiah diri kami
menjadi hamba yang lebih baik..
andai JARAK ini baik untuk kami,
JARAKkanlah kami sehingga tiba masanya..
moga kami sentiasa diredhaiMu..
Amiin..



07 April 2012

Aku seorang Pendosa



tatkala malam menyinggah
dia lena dibuai mimpi indah
tatkala mentari menyinari
dia leka dengan duniawi
demi menjadi seorang insan
diri seorang hamba dilupakan
masa berlalu dan dia masih begitu

bibir yang dahulunya selalu
mengalunkan kalamMu ya Allah,
kini rancak dengan bait kata-kata kosong
suara yang merdu merintih dikala dinihari
kini tidak lagi kedengaran olehNya

memang,
dia seorang pendosa
yang leka dengan kemanisan syurga dunia
ya, dia seorang pendosa
yang sentiasa menghambakan diri kepada cinta manusia
walhal, apakah yang nak dikisahkan dengan dia
dia itu mungkin aku dan mungkin kamu
seorang pendosa sombong lagi angkuh
gah merebut dan menunjukkan kuasa
walau nurani sentiasa membisikkan
'yang maha berkuasa itu adalah Dia'

Allah.
sesungguhnya Engkau maha mengasihani
rahmatMu meliputi setiap apa yang ada di langit dan bumi
bantulah dia ya Allah
agar dia sentiasa menagih akan cintaMu
agar dia berusaha menjadi seorang hamba
agar dia tahu apa ertinya dia di dunia

kerana..
dia itu adalah aku
dia itu adalah kami
dia itu adalah mereka..





hidayah..
mengapa hanya menunggu
sedangkan ianya untuk dicari.






04 April 2012

tribute khas : Adnin Nabihah


assalamualaikum alang :)

di kesempatan ini, andak nak ucapkan,
selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 21.
semoga alang sentiasa diredhaiNya
serta peroleh kesenangan dan kejayaan
di dunia dan akhirat.
insyaAllah, andak dikejauhan
sentiasa mendoakan kebahagiaan alang. :)

di bawah ni ada 1 nasyid khas buat alang
hayati eh.. ^^




video

wassalam :)


02 April 2012

kejayaan dan kita


assalamualaikum readers :)
malam ni tak nak post yang heavy-heavy sangat.
cuma terpanggil untuk menulis pasal gambar kat atas tu.

iye, gambar tu jelas menunjukkan bahawa, kejayaan tu tak kan dikecapi
kalau kita tak bergantung dengan orang lain.
bergantung harap kat sini bukanlah bermaksud
100% depends on friends or others. tapi, sentiasa mengakui bahawa
tanpa kawan-kawan yang membantu kita,
kita tak akan dapat kecapi apa yang kita harapkan.
setuju tak?

akhir sekali, pesanan buat diri saya sendiri dan juga kalian :

kita jangan pernah kedekut untuk kongsi ilmu kita dengan orang lain.
orang yang kedekut utk kongsi ilmu ni tak lain dan tak bukan
orang yang berhasad dengki.
kenapa?
kerana tak nak bagi orang lain dapat lebih dari kita.
na'uzubillah..

p/s : jom koreksi diri.

wassalam..