Followers

10 November 2012

Dedikasi Buat Hati


Duhai hati, 
Tahukah engkau, aku perlukan ketenangan?
Tak usah kau jerit mintakan perhatian.

Kau hanya berdusta.
Penuh tipu daya.
Bagi segala jeritan berbaur pahitnya buruk sangka itu.

Tapi aku,
Sekadarnya aku.
Manusia lemah yang sering kalah dalam menjaga segumpal darah itu.

Aku terpana,
Disaat aku meneliti bait-bait hadis Rasul junjungan mulia :
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Sungguh mendalam intipati hadis-mu Ya Rasulullah.
Hati itu umpama raja yang memerintah.
Jikalau baik raja, baiklah kerajaannya.

Ku sentiasa mengakui, 
Sememangnya,
Aku perlukan kekuatan untuk celik dikala terdengarnya kokokan ayam di keheningan malam. 
Dengan harapan dapat membersihkan kembali titik-titik hitam 
Yang semakin lama semakin tebal menempel di dinding hatiku.

Aku tak ingin menodai kesucian hatiku yang telah Kau anugerahkan.
Namun Ya Allah, aku seringkali tersungkur lemah. 
Begitu payah untuk menjaga sekeping hati itu. 
Kerana sesungguhnya,
Zikirku tidakkan pernah cukup untuk menjadi peluntur gelapnya hatiku ini.

Untuk itu Ya Allah,
Kau redhailah hatiku ini.
Peliharalah ia di saat
Hadirnya bisikan halus prasangka.
Lindungilah ia di saat
Kata nafsu sedang menipu daya.
Redakan ia di saat
Ledakan amarah menguasai di dalam dada.
Sesungguhnya, hanya dengan pertolongan dariMu Ya Muhaimin,
Aku dapat menjaga hatiku ini. 

Ya, hanya dengan keizinan dariMu ya Allah.







"Dedikasi Buat Hati"
10112012



03 November 2012

Back to Perak


Assalamualaikum.


Pejam celik, pejam celik, akhirnya cuti dah sampai ke penghujungnya. Walaupun cuti pertengahan semester ni cuma sepuluh hari, tapi hati ni dah cukup berat nak tinggalkan rumah. Balik Perak nanti, mesti dah tak boleh nak tenang-tenang. Assignment pun beratur minta disiapkan. Nak tak nak, 'life goes on'. :) Moga Allah permudahkan segala urusan semester ini dan meredhai setiap langkah kaki ini. Amin.

Kali ini, keluarga hantarkan. Pukul 4 pagi nanti, insyaAllah, bertolaklah kami ke Perak. Moga Allah permudahkan perjalanan kami. 

p/s : Dah pukul 10 Malam. Oh, baju tak kemas lagi.

Wassalam. :)