Followers

30 June 2012

Exam oh Exam.


Assalamualaikum..

Terdetik untuk menulis malam ni. semuanya gara-gara paper fin semalam.
Walaupun rasa sangat tak puas hati, namun, tu je yang terdaya.
Ok, meh nak cite sikit pasal final exam kali ni.

First, paper QMT. Tak pasti samada soalan tu mudah atau payah.
Bagi saya, soalannya sama je macam sem-sem lepas. tapi, still careless. yes. careless.
Second, paper FIN. Soalan sangat menguji minda. Haish.
Kenapa tiap-tiap sem, mesti kena jerat dengan soalan. :(
Third, paper MGT 538. Personal Development and Ethics.
Paper ni lebih kepada motivasi.

So, dengan bangganya kitorang jadi pakar motivasi tak bertauliah.
Goreng punya Goreng. Kaw-kaw punya.
Harap-harap, sedaplah resepi yang kitorang buat tadi. :)
Dan yang paling bes, tadi ade soalan pasal Kung Fu Panda. :)
pernah tengok kan cite tu? So, lagi bes main masak-masak.
Siap letak perencah masakan lagi. lagi sedap dari AJINOMOTO. ^^


Dan sekarang, tengah gap. next paper hari Jumaat ni pulak. two more papers to go. Dua-dua paper tu adalah subjek 4 credit hours. so, kena usaha lebih sikit la ni. Harap-harap target sem ni tercapai walaupun carry marks BEL nyawa-nyawa ikan je. T.T

So, just let bygone be bygone, and hopefully, yang akan mendatang ni bawa 1000 macam kegembiraan buat hati ni. Doakan kami ye. :)

wassalam..



p/s : dah beli tiket balik untuk cuti sem dah. 10/07. single seat no.8. Agak-agak, belakang sekali ke ha? T.T harap-harap tak. Oh~


23 June 2012

final exam : Mac-Julai'12


assalamualaikum..

sedar tak sedar, diri ini dah berada di penghujung semester.
Cepat sungguh masa berlalu kan?
Begitu jualah dengan diri kita yang sedang dimamah usia ni.
Kalaulah kita dapat tahu sisa umur kita yang masih berbaki,
pasti setiap detik dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..

Jadi, di sini,
ingin saya kongsi jadual peperiksaan akhir
yang akan saya tempuhi tak lama lagi..
Moga titipan doa kalian sampai dan dimakbulkan olehNya..
aamiin. :)

Rabu (27 Jun 2012) :
QMT 425 Quantitative Business Analysis

Jumaat (29 Jun 2012) :
FIN 533 Personal Financing

Sabtu (30 Jun 2012) :
MGT 538 Personal Development and Ethics

Jumaat (06 Julai 2012) :
HRM 537 Strategic Human Resource Management

Isnin (09 Julai 2012) :
MGT 534 Organizational Behavior

p/s :
all the best buat rakan-rakan B'Hures,
UiTM Students,
dan kepada semua yang akan menempuhi ujian akhir.
bittaufiq, wannajah! :)



wassalam..


120612




assalamualaikum..


"Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat
sehingga ia disoal tentang
umurnya pada perkara apakah ia habiskan,
dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan,
dan tentang harta bendanya
dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan,
dan juga tentang tubuh badannya
pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya".
(HR Tarmizi)

sempena 12 Jun lepas, dah makin bertambahla umur saya
serta, makin hampirla diri ini dengan kematian..

kali ini tak nak tulis panjang-panjang.
cuma nak kongsi gambar je. :)
gambar sambutan hari lahir yang ke.. tut~ :p

so,
thanks untuk MT B'HURES atas surprise birthday party time meeting hari tu,
and special thanks to Syazwani Mohd Nazri..
ayien tahu, wani yang plan semua ni. kan?
a lot of thanks untuk Shikin atas pakatan dengan kak wani. ^^
and thanks untuk MT Hures yang lain.
tak pasal-pasal dapat makan kek coffee percuma..
SEDAP! :)




and, the surprise was not ending yet..
balik je meeting around 10 p.m, pergi keluar makan ngan housemates..
yes, betul-betul tak sangka,


another cake for me.
CHOCOLATE CAKE!
^^

special thanks for you girls..
luv luv you : mila, alia, tika, ummul and sheril..
cake tu sedap sangat-sangat! :)


dan tak lupa juga kepada semua yang wish kat wall facebook.
terima kasih..
moga doa kalian dimakbulkanNya..

p/s :
motif post kali ni tak lain dan tak bukan adalah kerana
tiba-tiba je rase nak makan kek. :D
and, rindu nak makan nasik ayam ummi.. :(

wassalam..




22 June 2012

Ujian itu Manis. :)


assalamualaikum.

hari ni, memandangkan dah lama tak update ngan entri baru, saya nak kongsi satu tajuk yang ringan sahaja. yup, absolutely, no heavy2 thing. :)
pertama sekali, pernah tak sahabat-sahabat semua terfikir kenapa kita semua dihujani dengan masalah yang sememangnya tak kan pernah tahu erti lelah? kedua, pernah tak kita semua fikir kenapa kita dibebani dengan ujian sedemikian rupa? ketiga, agak-agak, bila tiba je masalah, siapa orang first yang kita akan cari?

yup, as a human being, semua tu adalah normal. diuji, diuji, dan diuji.
tapi kenapa ya? saat kita berhadapan dengan masalah, kita pasti akan rasa jealous dengan kawan-kawan kita. did I say JEALOUS? yes! jealous sebab kita nampak mereka macam tak de masalah. tapi, hakikatnya, mereka semua tu pun macam kita jugak. cuma ujianNya yang berbeza-beza.

jadi, kawan-kawan, lepas ni apa kata kalau kita sam-sama cuba. cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Ujian tu kan datang nya dari Allah. Allah takkan uji hamba-hambaNya melainkan Dia tahu yang hamba-hambaNya mampu. dan, Allah sengaja uji kita sebab DIA rindu nak dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya. sweet kan Allah.. :) Dia nak kita slalu dekat dengan Dia. so, lepas ni, kalau ade je masalah, kita jumpa terus ngan KEKASIH kita yang kekal abadi tu. Dia la Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan Diala sebaik-baik perancang. :)

takmo sedih-sedih ea macam kucing ni. :)



wassalam.