Followers

28 April 2009

Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010

Sejumlah 166,261 permohonan telah diterima oleh UPU sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

Para pelajar lepasan SPM dan setaraf yang ada membuat permohonan melalui UPU ini dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka pada 1 Mei 2009 ini.

Semakan permohonan UPU ini boleh dibuat dilaman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my atau secara sms UPU No. Mykad hantar ke 15888.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11 September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang layak akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.
Baca Sepenuhnya Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010

No comments: