Followers

24 September 2013

Latihan Industri

Assalamualaikum.

Hari ini tergerak hati untuk menulis sedikit coretan di blog yang sudah lama dibiarkan ini. Motif tulis entri baru hari ni tak lain dan tak bukan disebabkan oleh kebosanan yang melanda. Ok. Habis sampai situ.

Memandangkan sudah lama tak 'hapdate' blog, meh cheq nak habaq sikit. Sebenarnya diri ini dah berada di semester akhir untuk program BBA (Hons) Human Resource Management ni. Untuk semester akhir ni, kami dikehendaki untuk menjalani Latihan Industri untuk tempoh lebih kurang 4 bulan lebih. Jadi, di awal semester lepas lagi, kami dah mula mencari tempat untuk kami menjalani LI masing-masing. Mostly, ramai yang memilih untuk kembali ber'LI di kampung masing-masing. Termasuklah diri ini. Alhamdulillah untuk LI, saya mendapat tempat di Petronas Penapisan (Terengganu) Sendirian Berhad (PPTSB). Keseluruhannya, suasana di sini memang sangat-sangat seronok dan 'lively'. Cuma hari ini sedikit bosan sebab supervisor dari tadi terlibat dengan mesyuarat untuk 'Succession Planning' dan anak buahnya ini tak dela kerja yang khusus untuk dikerjakan. ;)

Kawan-kawan kat sini pula semuanya 'sporting' habis. Terasa bagai dah lama kenal ngan mereka semua. Kebetulan, mereka semua adalah 'trainee' di sini. Dan, yang paling syok, kami sebaya! So, bertambahla 'havoc' nya.

 Staf kat HR Department pula semuanya baik-baik dan melayan kami semua as a part of them. Kami diberi kepercayaan dalam membuat kerja-kerja dan yang paling penting, kami banyak belajar daripada mereka. Sungguh, mereka tak pernah lokek dalam memberi ilmu dan segala maklumat yang diperlukan. 

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PP(T)SB pula semuanya best! Sepanjang dua bulan di sini, kami sempat mengikuti beberapa aktiviti di mana kami juga diberi kepercayaan untuk menjadi AJK dan juga Fasilitator. Jadi, keseluruhannya, LI di PP(T)SB memang seronok dan banyak ilmu yang dapat dipelajari. Sekian. Jom layan gambar~ :)






Wassalam. Dah pukul 5. Jom balik~

01 January 2013

2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk melalui tahun 2012 yang dah meninggalkan kita semua. Serta, syukur Alhamdulillah kerana kita semua masih terpilih untuk menjalani kehidupan di tahun baru ini. Moga tahun ini memberikan 1001 kebahagian kepada kita. 

Tahun baru biasanya sangat sinonim dengan azam baru. Walaupun azam tahun-tahun lepas belum tertunai, tetap nak buat jugak azam baru. Begitulah juga dengan diri ni. Walaupun secara tak rasmi umur dah meningkat satu angka, tapi angka 22 cukup buat diri ni termenung panjang. Terfikir dan terimbas akan segala tindakan dan perlakuan yang kurang matang yang telah diri ini lakukan. Oh! Jadi, atas sebab-sebab ketidakmatangan diri yang perlu diubah, pelbagai azam telah dirangka. Dan azam-azam itu semua tidak akan tercapai tanpa pertolongan dari Allah. *Noted!

Apa yang menarik apabila masuknya tahun 2013 ialah Final Exam yang akan berlangsung bermula Khamis ni. Debaran makin kuat dirasakan. Tak kurang juga dengan tekanan yang semakin menghimpit. Moga Allah permudahkan segalanya. Aamiin. Dan kepada kawan-kawan yang juga berada dalam musim peperiksaan ni, Selamat Maju Jaya ya. Ingatlah bahawa kejayaan tu Allah yang tentukan. Tugas kita adalah berusaha, ikhtiar dan berdoa. :) Bittaufiq wannajah! 




p/s : Ayat agak skema akibat terlalu lama tak menulis. T.T Aasif Jiddan! :)

10 November 2012

Dedikasi Buat Hati


Duhai hati, 
Tahukah engkau, aku perlukan ketenangan?
Tak usah kau jerit mintakan perhatian.

Kau hanya berdusta.
Penuh tipu daya.
Bagi segala jeritan berbaur pahitnya buruk sangka itu.

Tapi aku,
Sekadarnya aku.
Manusia lemah yang sering kalah dalam menjaga segumpal darah itu.

Aku terpana,
Disaat aku meneliti bait-bait hadis Rasul junjungan mulia :
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Sungguh mendalam intipati hadis-mu Ya Rasulullah.
Hati itu umpama raja yang memerintah.
Jikalau baik raja, baiklah kerajaannya.

Ku sentiasa mengakui, 
Sememangnya,
Aku perlukan kekuatan untuk celik dikala terdengarnya kokokan ayam di keheningan malam. 
Dengan harapan dapat membersihkan kembali titik-titik hitam 
Yang semakin lama semakin tebal menempel di dinding hatiku.

Aku tak ingin menodai kesucian hatiku yang telah Kau anugerahkan.
Namun Ya Allah, aku seringkali tersungkur lemah. 
Begitu payah untuk menjaga sekeping hati itu. 
Kerana sesungguhnya,
Zikirku tidakkan pernah cukup untuk menjadi peluntur gelapnya hatiku ini.

Untuk itu Ya Allah,
Kau redhailah hatiku ini.
Peliharalah ia di saat
Hadirnya bisikan halus prasangka.
Lindungilah ia di saat
Kata nafsu sedang menipu daya.
Redakan ia di saat
Ledakan amarah menguasai di dalam dada.
Sesungguhnya, hanya dengan pertolongan dariMu Ya Muhaimin,
Aku dapat menjaga hatiku ini. 

Ya, hanya dengan keizinan dariMu ya Allah.







"Dedikasi Buat Hati"
10112012



03 November 2012

Back to Perak


Assalamualaikum.


Pejam celik, pejam celik, akhirnya cuti dah sampai ke penghujungnya. Walaupun cuti pertengahan semester ni cuma sepuluh hari, tapi hati ni dah cukup berat nak tinggalkan rumah. Balik Perak nanti, mesti dah tak boleh nak tenang-tenang. Assignment pun beratur minta disiapkan. Nak tak nak, 'life goes on'. :) Moga Allah permudahkan segala urusan semester ini dan meredhai setiap langkah kaki ini. Amin.

Kali ini, keluarga hantarkan. Pukul 4 pagi nanti, insyaAllah, bertolaklah kami ke Perak. Moga Allah permudahkan perjalanan kami. 

p/s : Dah pukul 10 Malam. Oh, baju tak kemas lagi.

Wassalam. :) 

24 October 2012

Bila Solat Dipandang Enteng

Assalamualaikum.

Sekadar nak berkongsi rasa kecewa malam semalam. 

Situasi : Bas berhenti seketika di Medan Gopeng. Pemandu dah turun selama 10 minit. Tanpa memberitahu berapa minit bas akan berhenti di situ. Tengok jam, dah pukul 8.45 malam. Mula mengambil keputusan turun daripada bas untuk mencari pemandunya. Alhamdulillah, jumpa. 

Saya : Pak Cik, lama lagi ke bas ni berhenti?
Pemandu bas : Oh, kenapa? *muka tenang.
Saya : Camni, kalau lama lagi, saya nak pergi solat dulu. *sambil tersenyum manis. 
Pemandu bas : Solat? Orang lain dah lama dah pergi solat. Semuanya dah siap solat dah pun. Kenapa tak pergi dari tadi? Pergi la nak pergi pun. Tapi kalau bas tinggal nanti, jangan nak salahkan orang. Solat, solat. Orang dah nak gerak, sibuk pulak nak solat. Bla bla bla bla. *Tiba-tiba berubah riak dan terus membebel dengan bebelan yang tidak dapat difahami.

Pelik pak cik ni. Kenapa tiba-tiba je nak marah-marah. Aik? Ade ke orang yang turun pergi solat tadi? Rasanya yang turun tadi, semuanya kejap-kejap je dan naik semula bas sambil membawa makanan ringan. Hm! 

Saya : Oh, maknanya, tak boleh pergi la ni? Kalau bas dah nak gerak, saya solat kat perhentian nanti pun takpe. Tapi, nanti bas ni akan berhenti kat mana? 

Pemandu bas terus membebel-bebel sambil berjalan menuju ke arah bas. Dan saya menuruti dari belakang. Terkedu. Soalan tidak dijawab. Air mata hampir mengalir. Tapi, cuba menampakkan riak tenang. 

Sampai je kat bas, cuba memberanikan diri sekali lagi untuk bertanya. 

Saya : Pak cik, nanti bas ni nak berhenti kat mana?
Pemandu bas : Pergi je la nak pergi sembahyang pun. Cepat sikit. Bas dah nak gerak, sibuk nak pergi sembahyang. *Ngomel pak cik tu lagi dengan suara yang tak nak kalah. 

Tiba-tiba diri terkedu. Jalan di depan dah nampak kabur-kabur dek air mata yang bergenang. Langkah disusun laju ke surau yang letaknya jauh dihujung kaunter-kaunter tiket. Diri ini kena kuat.  

Ya Allah, salahkah aku? 

Usai solat, cepat-cepat menyarungkan tudung tanpa melihat cermin walaupun seketika. Berlari-lari anak ke tempat bas berhenti tadi. Dengan harapan, hati pak cik tu masih lembut untuk menunggu diri ini walaupun berbagai kata-kata kesat telah dilemparkan. 

Alhamdulillah. Bas masih di situ. Menunggu diri ini. Mungkin. Sambil membaca bismillah, kaki melangkah mendaki anak-anak tangga bas. Tiba-tiba....

Pemandu bas : Ha, yang ni pergi mana ni! Melambatkan orang je. Habis satu bas ni tunggu awak je. Kalau orang lain lambat sampai karang, sebab awak lah!
Saya : Er. Maaf pak cik. *suara dengar tak dengar. Sebak. 

Bergegas ke tempat duduk. Telefon bimbit dicapai dan jari cepat mendail satu nombor.

Tet, tet. Tet, tet. Tet, tet. Kedengaran suara memberi salam di hujung talian.

Saya : Waalaikumussalam ummi. Ummi... *suara terhenti. Air mata terus mengalir laju. Tak dapat ditahan lagi. Terdengar esakan kecil. Harap-harap, tiada siapa yang mendengarnya.
Ummi : E-ah? Bakpe ni? Bakpe? Ok ke? (Bakpe = Kenapa)
Saya : Ummi, salah ke E-ah nak sembahyang? Salah ke E-ah ni? Bakpe sampai kene tengking-tengking sampai satu bas dengar? *Membahasakan diri sebagai E-ah. Nama timangan sejak kecil.
Ummi : Ya Allah. Bakpe salahnya. Sape yang tengking E-ah? Ce cerita kat ummi.

Meluahkan segala-galanya kat Ummi buat hati rasa tenang. Di akhir perbualan, ummi sempat berdoa, moga perjalanan selamat daripada bahaya. Ummi juga berdoa supaya pak cik pemandu bas diberikan hidayah. Walaupun diri sendiri susah nak dirikan rukun Islam kedua itu, sekurang-kurangnya, terbuka hati memperuntukkan masa untuk penumpang bas menunaikan solat. Dan, Ummi bertegas untuk melaporkan perkara ini ke pihak atasan syarikat bas tersebut. Dan kemudian, akal ligat mengingati kembali. 

"Ya, pak cik ni memang pak cik yang selalu bawa bas ke Dungun. Oh. Patutlah. Memang tak pernah nampak dia sembahyang walaupun berhenti di perhentian. Biasanya, kalau bas berhenti, orang yang akan mencari surau, hanya aku dan Alia (sahabat sedaerah). Ya Allah, jauhi aku dari berburuk sangka." Bisik hati. 

Akhirnya, diri ini memilih untuk tidur dengan harapan cepat tiba di rumah. 

Tamat

Perkara yang dikesalkan :
- Solat itu dipandang begitu enteng.
- Diri ini begitu lemah untuk mempertahankan hak.

p/s : Harap semua syarikat bas mengambil berat akan isu ini. Sekian.

23 October 2012

23.10.2012

Assalamualaikum.

Akhirnya, cuti pertengahan semester telah pun tiba. Selamat bercuti kepada semua siswa-siswi UiTM terutamanya. Dan, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. 

kiut pulak lembu kat atas ni. Hehe. 

Malangnya, cuti bukanlah bermakna cuti secuti-cutinya. Cuti kali ini pun rasanya sama je macam hari kuliah. Mana taknye, assignment berderet menanti untuk disiapkan. Tak cukup dengan tu, naik je cuti ni, menghadap test la pulak. Yang paling best, cuti kali ni, barang-barang yang nak bawa balik tu sama macam cuti semester. Ni pun duk terfikir-fikir lagi camane cara nak meminimumkan barang-barang tu. Haih! =.= Bab yang paling tak reti. 

Tapi, semua-semua tu tolak tepi. Yang penting, cuti ni boleh balik rumah, 'hang out' dengan keluarga, jalan-jalan, makan keropok sepuas-puasnya dan banyak banyak dan banyak lagi disamping duduk menghadap komputer riba menyiapkan assignment. ^^

Tiket pun sudah lama dibeli. Barang-barang pun dah rapi dikemas. Jadi, dengan lafaz bismillah, saya tinggalkan bumi Sri Iskandar buat seketika. Doakan perjalanan saya. Moga selamat tiba di kampung halaman. Aamiin. :)



Wassalam. :) 

20 October 2012

Entri Sempena Tak Dapat Tidur

Assalamualaikum.

Semalam baru 'hapdate' entri kononnya diri punyai kekangan masa tahap dewa. Kononnye lah kan. Dan malam ini, here I am. Update lagi entri. Semuanya gara-gara tak dapat tidur. Nak kata cuak sebab Isnin ni ada Test Labor Economics, macam tak relevan pula. Tak pernah-pernah rasa cuak awal-awal cenggini. *Nampak sangat tak pernah study awal-awal. Ok, jangan tiru tabiat ini ye adik-adik. 

Perkara pertama yang nak dikongsi :

Tik! *Bunyi mesej. 

Tertera nama 'Beloved Mom'. Ummi hantar gambar cucu dia. Bawah mesej tu ada caption istimewa yang tertulis ''Aisy sayang Cik Ah". Terus mata dilanda musim tengkujuh. Hiperbola sikit. Hehe. Apa yang nak dihighlight kat sini bukanlah tentang kasih sayang seorang anak saudara terhadap ibu saudaranya yang comel. Tapi, sebenarnya nak buktikan bahawa kuatnya naluri seorang ibu. Ummi macam tahu-tahu je anak dia yang sorang ni tak dapat tidur. Naluri ummi selalu kuat. Kadang-kadang, bila rindukan ummi, mesti ummi yang akan hantar mesej atau call dulu. Dan atas sebab ini, saya mula percaya akan kata-kata yang entah diilhamkan oleh siapa. 

"Kalau kita teringatkan seseorang maknanya orang itu pun sedang rindukan kita"

Setuju tak? 

Perkara kedua : 

Petang tadi, selepas mesyuarat kelas, budak rumah ajak pergi Convo Fair di UTP. UTP ni dekat je dengan UiTM Seri Iskandar ni. Mula-mula agak berat hati nak pergi sebab masa tu dah nak masuk waktu maghrib. Tapi, dah semua setuju nak pergi, saya turuti aje lah. Elok-elok je sampai kat UTP, ada lima minit lagi sebelum masuknya waktu Maghrib. Jadi, kami pun ambillah keputusan untuk solat dahulu sebelum berjalan-jalan men'chuchi' mata. 

Masjid UTP. Cantik kan? :) Kat dalam masjid pun cantik!

Apa yang buat saya tersentuh sewaktu berada di masjid UTP ini adalah apabila usai sahaja solat, dahi kawan saya dicium oleh seorang 'foreigner'. Mula-mula tak sangka jugak sebab waktu tu, imam tengah wirid lagi. Mungkin sebab 'foreigner' tadi nak cepat keluar. Biasanya kita salam cium-cium pipi (bagi perempuan) dan peluk-peluk (bagi lelaki) sebaik sahaja imam usai berdoa kan. Tapi ini tak. Cium dahi. Buat saya touching. Bukanlah touching sebab dahi saya tak dicium. Tapi, sebab saya teringatkan ummi saya di kampung. Cara 'foreigner' tu memang menyerlahkan ciri-ciri seorang ibu. Dan itu membuatkan saya sukakan suasana solat berjemaah di UTP. 

Selepas itu, berjalan-jalanlah kami di sekitar tasik UTP, tempat berlangsungnya Pesta Konvo tersebut. Secara keseluruhannya, boleh tahan meriah juga Pesta Konvo di UTP kali ni. Agak-agak masa saya konvo nanti gini jugak ke? Seriously, tak sabar nak konvo! Dush! Awak baru semester 4 cik Azreen! 

Rasa-rasanya sampai setakat ni lah dulu entri buat kali ini. Lagipun, dah lewat sangat-sangat dah ni. Bimbang pulak esok banyak tidur siang. Sehingga bersua lagi. InsyaAllah. 

p/s : Dah discover sebab tak dapat tidur. Lenguh-lenguh sendi badan. Oh Anlene! 

Wassalam.