Followers

10 August 2010

salam ramadhan..



assalamualaikum..

salam ramadhan al-mubarak~
sama2 la kita mengislahkan diri sempena bulan yang mulia ini..

"sehari lagi NAFAS jadi TASBIH,
sehari lagi, TIDUR jadi IBADAH,
sehari lagi DOA-DOA ini akan di IJABAH,
tapi, itu semua tidak akan terjadi tanpa MAAF tulus dari naluri hati..
untuk itu,izinkan kedua tapak tangan bertangkup memohon MAAF untuk lisan yang terlanjur,
janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan..
Andai semua HARTA ituracun, maka ZAKAT penawarnya..
Jika seumur hidup adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT penghapusnya..
Jika seluruh bulan adalah NODA, maka RAMADHAN itu pemutihnya.. "

salam ramadhan.. semoga diredhai ALLAH selalu.. insyaAllah..

p/s : untuk semua kawan2 :
ampunkan segala salah silap azreen slame kite berkawan..
sama-sama kita bermaafan agar amalan di bulan ini lebih diredhaiNya..




04 August 2010

wah~ ringannye ye...!

assalamualaikum w.b.k.t.

wah~ ringannye ye...!

ada apa dengan tajuk tu sebenarnye? agak-agak boleh teka tak? ^^ sape tau, angkat tangan cepat!!

sebenarnye, ringan yang dimaksudkan di atas, adalah berkaitan dengan solat.. perbuatan yang meringan-ringankan sembahyang.. rasanya semua sudah tahu kan sembahyang 5 waktu nie termasuk dalam rukun ape.. kan? kalau tak tahu jugak, cube tanya budak kat bawah nie.. konpem dye jawab :


credit 2 YAZREEN.. (student time ngajar kat baitul iman) nama dekat2 je kan.. ^^


"rukun islam lima perkara....
pertama, mengucap dua kalimah syahadah..
kedua, sembahyang lima waktu sehari semalam...
ketiga, berpuasa di bulan ramadhan...
keempat, mengeluarkan zakat...
kelima, menunaikan haji bagi yang mampu..."

*nada macam biasa ye.. meleret2 sket.. ^^*

haa.. tengok.. budak-budak pun tahu.. solat tu termasuk dalam rukun ISLAM.. maknanya, semua umat Islam wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam 2 walau dengan apa cara sekalipun.. susah sangat ke nak sembahyang nie? bukan banyak pun.. 5 waktu je sehari.. tu pun liat lagi..nak qiamullail 2, lagi la kan..

fenomena ni memang biasa kat Universiti2.. nama je budak U.. belajar bukan main tinggi.. yela.. kejar dunia je kan.. akhirat 2, ala... lambat lagi nak pikir.. tua2 nanti boleh lagi nak taubat kan.. *kononnye umur 2 panjang la ye..?*

contoh situasi :

watak :
A+B : budak2 yang baru nak kenal hidup di universiti..
C : senior yang boleh la dikatakan faham bab2 agama..
A+B+C adalah roomates...

A+B baru je siap bukak puase.. makan, punya lah makan.. tup2, baru teringat yang pukul 8.30 malam ada kelas..dibuatnya maghrib pukul 7.43 malam.. mestila rush kan.. tengok2, lepas makan, molek2 ade pulak duk melaram.. yela.. nak pi kelas kan.. kena la cantik-cantik.. buah hati nak tengok.. kalau tak, lari pulak nanti ye..?

sedang A+B duk melaram tu, masuk la C.. maka, berlakulah dialog antara mereka..

C : wah.. comel-comelnye adik2 akak.. dah siap bukak puase?
A+B : dah kak.. kitorang ade kelas nie.. kol 8.30..
C : ooo.. yelah.. eh? korang dah sembahyang ke? (buat-buat tanya)
A+B : oo.. tak lagi la kak.. tak sempat dah nie.. bmbang la lecturer marah..
C : (dah naik angin dah sket..tapi, masih tenang bagi nasihat kat adik2)
oo.. takpe.. korang sembahyang la dulu.. sempat lagi nie.. ala.. bukannya lecturer 2 nak marah pun kalau lewat sket.. lagipun, ade 20 minit lagi ni.. sempat sangat2..
A+B : ala kak.. kitorang qodho je la nanti..
C : eh? nak qodho? korang tahu tak, berdosa menangguh-nangguhkan sembahyang?
A+B : senyap.. masih tekun melilit selendang yang dipakai..
C : sembahyang la dulu.. takut lecturer je? Allah tak takut ke? (makin di tahap hilang sabar)
A+B : (keluar macam tu je..)

hurm.. sebenarnya, tak boleh jugak nak salahkan si A+ si B nie kan.. sebab mungkin dorang tak berapa faham lagi bab2 agama nie.. tapi, sampai bila nak faham kalau dah diberi peringatan pun masih nak menghalang teguran tu dari meresap ke hati? ilmu takkan datang kalau tak dicari.. memang banyak halangan kalau nak belajar benda baik nie kan.. memang banyak ujian dan dugaan yang Allah bagi.. sebenarnya, Allah cuma nak tengok tahap kesungguhan kita untuk mendapatkan ilmu tu.. ala.. Allah kan maha mengetahui.. Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk kita..

mungkin ramai lagi sahabat-sahabat yang mengalami keadaan yang sama dengan si C tu kan.. dan mungkin banyak cara yang telah dilakukan..walaupun hasilnya tidak memuaskan.. kalau yang berjaya menegur tu, alhamdulillah la kan.. tapi, kalau yang masih tak berjaya mengajak dan mengubah perangai manusia type A+B 2, jangan putus asa ye.. kelak, kat akhirat, kita akan disoal.. ikhlaskan teguran tu kerana Allah.. bukan kerana mengharapkan pujian ataupun pangkat dan nama.. lakukan sesuatu tu kerana sayangkan sahabat kita.. fahami konsep berukhuwwah nie.. insyaAllah, persahabatan akan lagi diberkati..

wassalam..

03 August 2010

~risiko itu adalah kehidupan~


sedang mengambil risiko yang besar dalam hidup..
ya Allah, aku mohon petunjukMu dalam setiap keputusanku ini..
bantulah aku memilih yang terbaik untuk diriku..
tariklah aku andai aku tersasar jauh dariMu..
bantulah aku dalam menggapai cita-citaKu..
ikhlaskan hatiku semata-mata kerana Mu, ya Allah..
aku mohon petunjukMu..
berilah hidayah kepadaku..
sesungguhnya, Engkau Maha mengetahui apa yang tersirat
dalam setiap ujianmu ini..
permudahkan segala urusanku ya Allah..
cendungkan hatiku untuk memilih yang terbaik untuk
diriku, kehidupanku, agamaku dan masa depanku..
aku berserah kepadaMu ya Allah..
bantulah aku...


mood : dilema~ harap keputusan yang telah dibuat ini baik natijahnya..
insyaAllah..


02 August 2010

rintihan hati seorang azreen...

assalamualaikum..

rasa2nya, sudah lama tidak mencoretkan coretan di laman ini.. (wah! ayat skema ye..) ^^.. warkah kali ini, memang ditujukan khas buat semua sahabat2 tersayang. minta maaf ea.. dah lama tak contact kan.. sebenarnya, bukanlah niat di hati nak menyepi.. tapi, atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dijelaskan hujung pangkalnya.. 0-0 ye kawan2! =)

buat makluman semua, sekarang, azreen blaja di UiTM Perlis Kampus Arau dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Teknologi Maklumat.. Wah! azreen?? ambik I.T? macam tak percaya je ye.. memang pada mula-mulanya, tersangat lah sukar nak terima hakikat.. yelah.. memang banyak ujian.. bermula dengan gagal dalam permohonan UPU dan e-rayuan, gagal dalam nak mencelah masuk ke IPTA pilihan, dan gagal nak kawal emosi bila tahu yang course ni, ada subjek MATHs! tapi, insyaAllah, mungkin tersembunyi 1001 hikmah mengapa diri ini tetap ditakdirkan untuk belajar kat sini.. dahla masuk 3 minggu lewat dari orang lain.. banyak mata pelajaran yang tertinggal.. memang kena push betul2 la nie.. dan sekarang, masih tak tahu, sama ada diri ni mampu melakukannya ataupun tidak..

terkadang, persoalan mengapa aku sentiasa ditakdirkan berseorangan menerjah di fikiran.. yelah, dari duk di UiTM Kuantan aritu lagi, sorang2.. kawan-kawan satu skolah langsung tak ada.. tup2, tengok2, bila sambung degree nie pun, ditakdirkan bersendirian jugak.. plus, duk berjauhan pulak dengan family.. hurm.. mungkinkah aku kuat? tabah? *terdengar hati menjerit TIDAK!!*

walau apapun, thanx sangat2 buat sahabat susah senang, Una, Baina, Anah, Mel, Asfa dan ramai lagila sebab sanggup dengar luahan dan rintihan sahabatmu ini.. thanx jugak sebab selalu bagi kata-kata semangat untuk dijadikan bekalan sepanjang menjalani kehidupan di sini..

besarnya harapan keluarga untuk dipikul.. terkadang, terasa diri tak mampu lakukan yang terbaik.. namun, apakan daya.. insyaAllah, akan kulakukan dengan sebaik mungkin..

pintaku, semoga sahabat-sahabat sudi mendoakan kehidupanku di sini.. semoga ukhuwwah kita kan sentiasa mekar walaupun diri ditakdirkan hidup berjauhan.. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan sahabat2 yang belajar di luar negeri kan?? *okey! saya pujuk diri sendiri nie*

p/s : menanti emel dari sahabat2 semua oleh kerana YM tidak boleh diguna pakai..

ayien_141@yahoo.com.my


05 June 2010

salam kemaafan~




p/s : gambar sekadar hiasan~ ^^


assalamualaikum w.b.k.t.. di sini ana nak mintak maaf kat semua pengunjung blog ana sebab ana dah lama tak update blog ni.. (dah bersawang baru nak mintak maaf..) ^^ insyaAllah, bila ana dah tak terikat dengan mana-mana kerja, ana update..


mood : menghitung hari detik perpisahan~
baitul iman di hati.. ^^


07 April 2010

dedikasi buat muslimah




alhamdulillah.. dalam terfikir-fikir dan tercari-cari ilham untuk post yang terbaru, ana dapat satu note yang sangat-sangat berharga daripada salah seorang sahabat ym ana.. syukran atas peringatan yang disampaikan.. moga ianya menjadi renungan bersama..


MAAF!! wajahmu itu bukan utk tontonan umum.. apalagi tontonan khusus.. .Perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipandang..

hayatilah...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh



p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai ukhti2ku marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian..

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.


jadi, kupostkan pesanan ini buat peringatan diriku sendiri serta untukmu ukhti2ku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayat ana ada, ana tidak akan jemu utk menyebarkannya.. utk apa? utk siapa? bila..dan di mana? ana serahkan persoalan ini kepada antunna semua.. insyaAllah, antunna semua lagi hebat ilmunya..

akhir kalam, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi.. dalam hati juga mestilah baik.. bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua) lets think deeply about it..




"coz i care.."

p/s : sama-sama kita ambil iktibar ye.. ^^

31 March 2010

ceritera wad 7AB



alhamdulillah.. kali ni merupakan kali kedua ana jaga nenek ana kat hospital.. macam biasalah.. semuanya masih sama seperti hari-hari yang lepas.. yup! hospital adalah tempat terbaik untuk ana bermuhasabah diri..

alhamdulillah juga sebab kali ni, nenek ana dah semakin pulih.. badan yang dulu kuning-kuning, kini dah beransur baik.. dan tidur nenek ana pun nampaknya makin lena sebab dah ditukarkan ke wad lain iaitu 7AB.. wad yang sudah cukup selesa.. kalau dulu satu wad berpuluh-puluh orang, kini cuma berkongsi empat sahaja.. kalau dulu nak ke tandas pun jauh, kini cuma beberapa langkah sahaja.. kalau dulu terpaksa bawa kipas angin sendiri sebab tak tertanggung panasnya, kini hanya "tup" suis penyaman udara sahaja.. dan kalau dulu terpaksa berlari-lari nak panggil jururawat/doktor, kini dah tak perlu susah-susah.. hanya "press the button", berlari-larilah nurse dan doktor ke tempat pesakit..dan bagi pihak ana pula, kalau dulu terpaksa tidur atas kerusi dan tiap 15minit terjaga dek kebas-kebas, kini haa.. siap boleh berbaring lagi kat tepi katil nenek ana ni.. alhamdulillah..

untuk post kali ini, sebenarnya ana nak kongsi satu peristiwa yang begitu menarik perhatian ana.. sejak pertama kali kaki ana melangkah ke wad 7AB ni, mata ana dah tertarik dan tertumpu kat satu pasangan suami isteri awal 60-an yang katilnya betul-betul berhadapan dengan katil nenek ana.. bagi ana, pasangan tersebut memang sangat manis (sweet) :).. dan memang layak nak dapat pengiktirafan pasangan mithali.. pak cik tu memang sangat-sangat prihatin terhadap isterinya yang sakit.. tiap kali nak makan, disuapnya perlahan-lahan, dan tiap kali nak sembahyang, si suami yang tolong pakaikan telekung sembahyang kat si isteri..walaupun si isteri masih berkemampuan nak melakukannya sendiri.. sukar kan nak jumpa pasangan sebegini di era modenisasi ni..

lagipun, kerap kali ana dengar cerita-cerita mengenai pesakit yang sukar mahu menunaikan sembahyang.. bukanlah tidak mampu.. tapi, tidak mahu!.. pening bila terfikir pasal ni.. sebenarnya, sakit itu bukanlah alasan.. Allah dah permudahkan segala kesulitan dengan rukhsah-rukhsah(kemudahan2) mengikut syarat-syarat tertentu.. lagipun, solat kan tiang agama.. sudahlah masa sihat pun jarang-jarang nak jumpa tikar sejadah.. takkanlah masa sakit nak tinggal terus?

Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya; mendirikan solat; membayarkan zakat; mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."

Sakit tu kifarah (penghapus) dosa.. Jadi, janganlah membuatkannya songsang.. Sesungguhnya, Allah menimpakan musibah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.. Persoalannya, berapa ramaikah yang berfikir dan bersyukur??


p/s : andai satu hari nanti ana ditakdirkan terlantar di hospital dan tidak terdaya untuk bangun, bantu ana untuk tetap menunaikan solat 5 waktu.. serta andai ketika itu ditakdirkan mulut ana merapu yang bukan-bukan, bantulah ana untuk menyebut kalimah syahadah dan ingatkanlah ana untuk kembali mengalunkan kalamullah yang mulia.. kerana, ketika itu pelbagai ujian yang akan datang melanda dan ketika itu juga, hanya imanlah yang mampu berbicara.. juga, maafkanlah segala salah silap ana selama ini.. moga semuanya beroleh husnul khaatimah.. insyaAllah..



wallahu'alam..



28 March 2010

Iktibar...

alhamdulillah.. akhirnya, selamat juga ana dan ummi ana sampai di rumah setelah semalaman menjaga nenek ana yang sedang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.. walaupun ni merupakan julung2 kalinya dalam sejarah ana jaga/teman orang sakit kat hospital, tapi bagi ana, ianya dah cukup untuk memuhasabah diri ana ni..

kisahnya beekisarkan di wad 8CD.. wad ni kebanyakannya tempat untuk pesakit-pesakit yang dalam pemerhatian doktor.. dan nenek ana juga ditempatkan di sini atas sebab sakit darah tinggi dan kencing manis..*doakan nenek ana cepat sembuh*.. dalam wad nie, macam-macam pesakit yang ada.. kecik besar, tua muda, miskin kaya, semua ada.. dan macam-macam ragam manusia yang ana boleh perhatikan di wad nie..

Peristiwa 1 :

masa ana mula-mula sampai kat wad nenek ana nie, ana dah dengar suara orang menangis2, merengek.. seram sejuk juga.. dan rupa2nya, suara 2 datangnya dari katil hujung yang keseluruhannya ditutup dengan langsir.."kesiannya.. mesti tak tertanggung sakitnya"..tapi, yang peliknya, tak ada sorang pun nurse yang pergi kat katil tu..dan ana pula tak adalah pula tanya kat sapa2 tentang kenapa 'dia' menangis 2..yela.. ana sedar yang ana sedang berada di hospital ketika itu.. mestilah sebab sakit kan.. i thought so..

Tapi, lain pula jadinya bila dah masuk maghrib.. meremang bulu roma ana bila dengar lagi suara tangisan tu dan diselangi dengan esak2 yang sangat membuntukan perhatian.. perasaan ingin tahu ana yang membuak-buak akhirnya mendesak ana untuk melangkah ke katil tersebut.. tapi.. langkah ana terhenti bila ana dengar nenek ana bagitau ummi ana yang memang selalu pesakit tu macam tu.. menangis2.. meraung2, menjerit2..belum abis nenek ana perihalkan tentang pesakit tu, tiba2, terdengar carutan2, dan macam2 lagi perkataan buruk dari arah katil tersebut.. semakin lama semakin teruk dan akhirnya, diam bila dicucuk ubat penenang.. menurut jururawat2 kat situ, memang mak cik tu macam 2..yelah, orang tua, memang kuat merengek.. tapi, asal je nak check atau masuk ubat, mesti ditendangnya kuat2, or even worse, diludahnya kearah nurse2 kat situ.. bila disuruhnya mengucap, terus dihentamnya dengan "ngucap babi mu..'' dan perkataan tu kerapkali diulang.. astaghfirullah.. semua pesakit kat situ pun dah lali.. dan masing2 hanya boleh buat iktibar untuk diri sendiri.. terkesima ana.. mak cik tu juga kerap kali ulang ayat "maaf..maaf.. mok.. Y (bukan nama sebenar) tak buat salah pun.. maaf mok.. tolong Y mok.. ni orang nak bunuh kite".. hurm.. ana tak berani nak buat tafsiran sendiri.. namun, peristiwa ni cukup2 memberi kesan kat ana dan ana harap peristiwa ni mampu memberi pengajaran yang berguna bagi mereka yang mamu berfikir..

Peristiwa 2 :

dalam ana mengurut2 nenek ana yang sedang tidur sambil berbual-bual mesra dengan ummi ana, tiba2, kami dikejutkan lagi dengan satu situasi.. terdengar seseorang sedang muntah2 tanpa henti.. mula-mula, kami hanya buat biasa je lah.. yelah.. hospital.. namun, keadaan 1 keluarga yang kelihatan cemas kehulu kehilir melepasi katil nenek ana membuatkan kami tertanya2.. Ya Allah, apa lagi iktibar yang mahu Kau dedahkan Ya Allah..

persoalan ana terjawab bila ana disuruh membasuh gelas di sinki berhampiran..sambil membasuh gelas, automatic mata ana tertumpu ke arah katil seoarang pesakit.. Ya Allah, terkejut ana apabila ternampak seorang mak cik yang sedang terseksa menanggung sakitnya 'muntah secara terpaksa'.. dan ana dikejutkan lagi apabila ternampak muntah yang kelihatan seperti air longkang (maaf andai keterlaluan, namun itulah realitinya) tersembur2 dari mulut mak cik tu..sederhana sahaja orangnya.. mengalir air mata ana melihat keadaan mak cik tu sebegitu teruknya.. mungkin inilah buktinya peribahasa 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..' perut mak cik itu yang membulat seakan-akan memberi tanda yang muntah itu akan berterus2an keluar..

anak-anak serta suami terus-terusan menangis tanda tak tahan melihat keadaan insan yang tersayang menanggung sakit yang tiada penghujungnya itu.. ana kawal diri ana supaya tidak terlalu focus ke arah mak cik 2.. sebab ana kira, itu bukanlah sakit biasa.. dan mungkin ianya satu aib bagi ahli keluarganya.. sekembalinya ana ke katil tempat nenek ana, ana dikejutkan dengan cerita seorang mak cik yang lain di mana, katanya, mak cik tersebut terkena santau.. ana yang kurang arif tentang santau ni hanya menadah telinga mendengar cerita mak cik tersebut yang kelihatannya amat berpengalaman dengan kejadian santau2 ni.. jauh disudut hati, kerap kali ana berdoa minta dijauhkan dari musibah2 seperti ini.. na'uzubillahi min zaalik..

ana tidak dapat menggambarkan bagaimana sedihnya perasaan ahli keluarga mak cik tersebut.. sepanjang malam terdengar sayut2 orang muntah2 diselangi suara doktor2 yang cuba untuk memberikan rawatan yang paling baik buat mak cik tersebut..walaubagaimanapun, ana hanya mampu mendoakan moga mak cik tersebut selamat.. dan semoga sakit yang ditanggung terhapus dengan izin Allah taala..

bagaimanalah agaknya keadaan mak cik2 tersebut sekarang? ana pun tak tahu sebab sebelum ana meninggalkan wad tadi, mak cik (peristiwa 1) dipindahkan wad setelah anaknya datang melawat, dan mak cik (peristiwa 2) dipindahkan ke wad I.C.U kerana keadaan yang semakin teruk..

Sama-samalah kita panjatkan doa agar Allah berikan yang terbaik buat mak cik2 tersebut.. serta, moga nenek ana cepat sembuh.. Semoga apa yang ana coretkan kali ini mampu memberikan pengajaran buat sahabat2 semua juga.. Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.. Jadikan iktibar ini sebagai pemangkin untuk kita terus berjuang, mencari keredhaan Allah S.W.T..insyaAllah..

p/s : syukuri nikmat sihat yang dikurniakan Illahi..

26 March 2010

pesanan buat Muslimah..



Beritahu kpd muslimah....
dirinya ibarat kaca..
disentuh terguris n dihantuk serpih..
dihempap berkecai..
beritahu pd muslimah i2 jaga tutur kata..
cakap tinggi nanti dibenci,ckp rendah dipijak pula..
ckp sombong mengundang lawan..
hati2 meluah kata..
kerana pulut santan binasa n kerana mulut badan binasa..
beritahu pada muslimah i2 jaga tingkah laku..
harga diri letaknya dsitu, jgn meluru ikut telunjuk nafsu..
beritahu pada muslimah i2 jaga pakaian..
ia cermin peribadi n lambang agama..
dimana n dlm keadaan macammanepun biar org kenal..
beritahu pd muslimah i2 simpan secebis malu..
kerana malu i2 sebahagian drpd IMAN..


sekadar renungan buat diri dan sahabat..

11 March 2010

Muslimah tak Guna??



alhamdulillah, tadi terbukak hati nak survey2 dan explore2 facebook senior, kawan2 sket.. dan hasilnya, alhamdulillah terjumpa 1 note nie.. dipostkan oleh senior 'kak shuhada.. minta izin post kat sini ye kak.. =) jadi, mana yang baik, ambillah sebagai pengajaran dan mana yang tak baik, jadikan ianya sebagai sempadan.. insyaAllah, sama-sama memuhasabah diri..


"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas."
Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… -

sekadar perkongsian daripada sini:http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/02/muslimah-tak-guna.html

hurm.. cukup terkesan di hati ketika baca note nie.. semoga ianya menjadi pengajaran yang bermakna.. insyaAllah..




09 March 2010

Doa2 dimusim exam



Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


dipetik daripada : [sini]


selamat berjuang buat sahabat-sahabat sekalian..


07 March 2010

PI020

pejam celik, pejam celik, dah hampir tiba masanya untuk kami (pelajar-pelajar asasi TESL n LAW UiTM Kuantan) mencurahkan kembali apa yang telah kami pelajari sepanjang semester 2 ini.. sebetulnya, masing-masing sudah mula menyusun strategi untuk belajar dan sehabis boleh mendisiplinkan diri mematuhi jadual belajar yang telah dibuat.. insyaAllah, semoga dengan niat lillahi taala itu, mampu membawa kejayaan yg gemilang buat sahabat-sahabat semua...

PI020 EXAMINATION TIMETABLE

tuesday 09/03/10
TSL 082
Introductory Literature
9.00 a.m - 12 noon

thursday 11/03/10
TSL 042
Grammar
9.00 a.m - 12 noon

saturday 13/03/10
TSL 032
Listening and Speaking
9.00 a.m - 12 noon

monday 15/03/10
TSL 022
College Writing
9.00 a.m - 11.00 a.m

wednesday 17/03/10
TSL 012
College Reading
9.00 a.m - 12 noon

friday 19/03/10
TPI 082
Islamic Education Studies
9.00 a.m - 11.00 a.m


p/s :
insyaAllah bittaufiq wannajah
doakan kami..



28 February 2010

Sesuci Cinta Khadijah, Seikhlas Kasih Rasulullah..


assalamualaikum.. memandangkan masa menjadi kekangan utama untuk mengupdate blog buat masa ini, namun, ingin saya kongsikan juga kisah yang saya temui ketika diri ini sibuk mencari artikel untuk assignment college writing.. =) *nampak sangat tak fokus terhadap kerja kan?* hehe.. nie sumber saya men'copy' dan 'paste' cerita ni..



salam,

kite jarang ada role model yang kita nampak dan dengar ceritanya tentang baitul muslim. kita rasa susah nak imagine kawen dengan orang yang tak pernah kite tengok.and kadang2 kita rasa mustahil ke nak kawen dengan orang yang tak pernah kite kenal pun..

ana minta seorang sahabat ana yang sudah pun memiliki 2 cahaya mata hasil pernikahannya menerusi baitul muslim ini untuk menulis kisah hidupnya, bagaimana dia berjumpa suaminya dan saat2 menjelang pernikahan mereka..kadang2 bile kite baca or dengar kisah sebegini baru kita faham apakah tujuan sebenarnya pernikahan kita dan bentuk bagaimanakah pernikahan ideal yang boleh kite miliki…

sesungguhnya tak mustahil menjadi sesoleh dan setaqwa mereka… binaan islam itu terletak pada kualiti orang yang membina itu sendiri. jika kita tak dapat menjadi role model pada masyarakat siapa lagi? Maksiat yang besar itu berlaku bila maksiat hati yang kecil itu tidak dijaga sejak awal lagi..insyaallah saya dalam proses mengumpul lagi cerita2 sebegini dari beberapa sahabat lain yang melalui proses yang sama… muda2h2an banyak manfaat yang kita dapat dari kisah sebegini…errmm, kisah ni kisah benar dan atas permintaan penulis, nama2 watak itu tidak boleh diambil sebab nak reserve untuk bakal anak2nya nanti..hehehe

wasalam
______________________________________________________________Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam

‘Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah

“Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.
‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.


Aduhai…
Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali…..

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alas an untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaALlah. . :) wassalam..
Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.

Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Mudah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…

Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..

Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….

‘Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’


p/s : jadi, apa komen anda..?? =)



05 February 2010

sekadar perkongsian..


assalamualaikum w.b.k.h.. alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat lagi ana merasai nikmat terbesar yakni nikmat iman dan islam.. juga, ana juga masih berkemampuan untuk menghargai betapa nikmatnya dikurniakan pancaindera yg sempurna serta akal yang masih lagi waras untuk berfikir.. selawat serta salam juga dititipkan buat rasul junjungan mulia, Muhammad S.A.W.. post kali ini ana hanya nak kongsi firman Allah S.W.T dalam hadith QudsiNya yang bermaksud :

Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu,
dan Aku bersama denganNya..
ketika dia ingat kepadaKu...
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya,
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu..
dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,
nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak yang lebih baik..
dan jika dia mendekatiKu sejengkal,
Aku akan mendekatinya sehasta..
dan jika dia mendekatiku sehasta,
Aku akan mendekatinya sedepa..
dan jika dia datang kepadaKu berjalan,
maka Aku akan mendatanginya dengan berlari..

hadith riwayat syaikhani dan Tarmidzi

jadi, bukalah mata hati ntum ntunna semua, marilah kita kembali kepada fitrah asal kita..

"dekatilah Allah, nescaya Allah akan mendekatimu..."

p/s :
diharap pembaca tidak membayangkan zat2 Allah dan tidak menyamakan zat2Nya dengan sifat2 manusia..

wallahu'alam..



29 January 2010

sekadar renungan..


assalamualaikum w.b.k.h.. syukur kehadrat Illahi kerana dengan RahmatNya, diri ini masih mampu untuk menghirup udara segar di muka bumi ini.. serta, selawat dan salam ana titipkan buat Rasul junjungan mulia.. kali ini, ana nak kongsi tentang satu perkara, yang seringkali membuatkan kita yakni manusia yang sentiasa alpa ini, terlupa..iaitu erti kehidupan..

bersama-sama ini ana nak kongsi satu klip video yang amat ringkas namun sangat-sangat bermakna buat muslim yang mampu menghayati maksud kehidupan yang sebenar..




dah hayati dah klip video di atas? kalo ada someone tanya kita, "apakah ertinya awak menganut agama Islam?" boleh tak kita jawab? mungkinkah jawapan kita itu nanti "adalah kerana agama nenek moyang kita"? ataupun "tulus ikhlas dari hati.."?

"sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama.. tetapi ia adalah cara hidup kita.."

sepertimana yang semua muslim muslimat maklum, Islam merupakan agama yang lengkap.. Ianya merangkumi segala aspek dan perbuatan yang kita lakukan.. baik cara kita berpakaian, bertutur, belajar dan sebagainya.. Dan suka diingatkan disini bahawa, Agama itu Nasihat.. bermakna, Islam telah menyediakan segala keperluan kita yang mampu membawa kita kepada Husnul Khatimah.. namun, pernahkah kita menyedari akan peluang yang berdeadlinekan ajal ini..?

"esh!! ala.. aku baru 19.. nak bertobat pun, muda lagi.. hurm, aku janji, genap je umor aku 50.. aku mula bertobat.. memang konpem la tak tinggal tikar sembahyang 2..."

haa.. biasa keluar tak ayat yang sewaktu dengan ni dari mulut kita.. haa... tak ngaku?? *tepuk dada tanya iman yup*.. yakinkah bahawa ada umur 50 tu untuk kita? yakinkah kita yang kita akan berpeluang menikmati kejayaan dan hidup bersama anak cucu serta cicit, dan masih ada kah esok untuk kita??

Prof Dr.Hamka pernah berkata :
"kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan.. tetapi, kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.."

ana yakin, sahabat sahabiah semua mampu memahami intipati kata-kata Prof Dr. Hamka di atas.. Jadi, ana rasa, tidak perlulah ana menghuraikannya dengan lebih lanjut.. marilah kita muhasabah diri kita kembali dan rangkakan strategi menuju ke al-Jannah.. sesungguhnya, Allah telah berfirman dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 10-14 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang paling dahulu(beriman) merekalah yang paling dahulu(masuk Syurga). Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada di dalam syurga kenikmatan. dan segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu.dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.."

Persoalannya, adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang kemudian yang sudah tentu begitu kecil bilangannya yang berjaya menikmati keindahan Syurga? tergolongkah kita?
bak kata kawan ana, " you don't know, I don't know, and nobody else know.." but, remember, that Allah always Knows..

jadi, setakat ini sahaja post ana buat kali ini.. harapan ana agar apa yang ana kongsi kali ini, tergolong dalam ilmu-ilmu yang bermanfaat buat diri ana sendiri dan anda semua..InsyaAllah..
wassalam..



19 January 2010

FITRAH yang manjadi FITNAH!

assalamualaikum w.b.k.h.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada senior ana kerana post kali ini diilhamkan melalui komennya di FB.. alhamdulillah, moga artikel ini mampu memberikan kita iktibar dan input-input berguna dalam merentasi alam remaja ini..

FITRAH yang manjadi FITNAH!

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. 

Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
 
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niatyang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.

-Sebuah artikel daripada majalah
anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).


10 January 2010

anda LESU??~

assalamualaikum w.b.k.h..

sebagai seorang pelajar, kita memang tak boleh lari dari istilah : lesu, tidak bermaya, tidak cukup tidur dan sebagainya kan.. haa.. jadi, memandangkan ana pun mengalami masalah yang sama, besarlah hati ana nak kongsi tentang isu LESU dan bagaimana cara untuk mengatasi kelesuan ni.. harap, dapat bagi input kat kita semua yup..! =)

CARA mengatasi keLESUan

1. tidur yang cukup
dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.. berapa jam?? lima jam semalaman sudah memadai.. iaitu, dari jam 12.30 tgh mlm sampaila 5.30 pagi.. dan, kalau tak salah, tidur yang tidak mencukupi menyumbang kepada masalah obesiti.. (xnak!)

2. tidur sebentar waktu tengah hari (qailulah)
jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah seketika sebelum waktu zuhur.. tidur ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W dengan syarat, berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail.. satu jam qailulah menyamai 3 jam tidur pada waktu malam..

3. kerja sokongan
apabila anda belajar, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja :
-kerja utama dan kerja sokongan yang aktif.
sebaik saja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. cthnya, mencari bahan rujukan, mnyusun fail, berdiskusi dengan roomate, dan mencari bahan dari internet.. (make sure, bukan bukak FACEBOOK yup) heee~

4. aktiviti pergerakan
lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti, lakukan kerja sambil berdiri, melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap (penulis tidak maksudkan 'skodeng' yup), dan juga mengemas tempat belajar..

5. lain2 aktiviti
kalau dah lesu dan memang tidak bermaya jugak, bolehlah buat secawan minuman yang berkhasiat, berwudhu' dengan niat hendak menghalau syaitan yang menggangu proses menimba ilmu, dan juga membuat senaman regangan kecil seperti menggerak-gerakkan jari,meregangkan bahu, leher, dan juga tangan..


namun, sebelum belajar, kita mestilah menanam motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja dengan pencapaian yang paling cemerlang.. haa.. bukannya, nak cepat-cepat siap, tapi, kerjanya kurang memuaskan..kita juga boleh berdialog dengan minda kita, dan mengarahkan minda kita supaya berkerja dengan cergas dan cerdas. latih minda untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasalah rasional dalam membuat sebarang keputusan..

selain itu, makanan juga boleh menyebabkan kelesuan..antaranya ialah :

- makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya..
- nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).. ngee~
- nasi pulut.. (kat arked xde.. so, no worry.. hehe)
- makan tengah hari yang berat... (ups! biasanya, memang makan nasi tengah2 hari nie.. aiseyh.. kena ubah la nie ye..)
- makanan yang tidak berzat dan berkhasiat ( tidak mengandungi karbohidrat, gula atau lemak) juga boleh menyebabkan kelesuan kerana kekurangan tenaga yang disumbangkan..

kalau buat survey tentang siapa yang 'skip' makan pagi ni, mesti ramai kan? hehe...
"ala... nak jimatlah..", "aku nak diet la.. xnkla makan pagi..", " ish! kelas start kol 8.. aiseyh... arked pn x bukak lagi..." haa.. banyaknya alasan kan? hehe.. takpe2.. ana faham sebab ana pun lebih kurang je.. :D ... tapi, ana yakin, ramai yang dah tahu akan kepentingan 'breakfast' ni.. jadi, di sini, ana nak kongsi juga antara makanan-makanan yang dapat mengelakkan kelesuan kita semua..

antaranya :
-bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
-fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
-buah-buahan
-air mineral
-susu segar

haa.. jadi, arked, cafe or kedai makan bukan lagi menjadi alasan kita untuk skip breakfast.. kalau pergi giant ke, bolehlah borong banyak-banyak makanan-makanan ni semua yup.. borong untuk sebulan terus.. laagi senang.. =)

next, bagaimana nak mengelakkan lesu ketika kuliah, presentation dan juga diskusi.. haa.. bab ni, jom kita baca elok-elok.. lepas ni takdelah mengantuk/'tersengguk-sengguk' lagi dalam kelas..

bagaimana nak mengelakkan lesu ketika kuliah

-fokus
-datangkan minat yang mendalam.. (boleh diaplikasikan untuk subjek-subjek yang memerlukan banyak pembacaan dan pemahaman spt Basic Principle in Education, sejarah)
-jana minda untuk bertanya secara kritis
-catat menggunakan peta minda
-dengar lecture dengan jelas
-baca fikiran pensyarah mahupun teman diskusi anda
-keluarkan pengetahuan atau pengalaman lalu sebagai input perbincangan semasa..


APA??? masih mengantuk??

itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan, tidak pernah leka dalam menjalani segala perintah dan suruhanNya yang Esa, serta tidak pernah bertangguh dalam menjalani tugas untuk mencabut nyawa dari badan manusia.. dan kita? alahai..kadang-kadang, pegang pen pun boleh terjatuh kan kalau dah mengantuk!

oleh itu, jadikan lah kelemahan kita ni, sebagai pemangkin untuk mencoret segala kebaikan.. jom kita sama-sama berusaha untuk mengubah tabiat lesu ni kepada cergas dan bersemangat waja.. ayuh! chayo'!