Followers

29 January 2010

sekadar renungan..


assalamualaikum w.b.k.h.. syukur kehadrat Illahi kerana dengan RahmatNya, diri ini masih mampu untuk menghirup udara segar di muka bumi ini.. serta, selawat dan salam ana titipkan buat Rasul junjungan mulia.. kali ini, ana nak kongsi tentang satu perkara, yang seringkali membuatkan kita yakni manusia yang sentiasa alpa ini, terlupa..iaitu erti kehidupan..

bersama-sama ini ana nak kongsi satu klip video yang amat ringkas namun sangat-sangat bermakna buat muslim yang mampu menghayati maksud kehidupan yang sebenar..




dah hayati dah klip video di atas? kalo ada someone tanya kita, "apakah ertinya awak menganut agama Islam?" boleh tak kita jawab? mungkinkah jawapan kita itu nanti "adalah kerana agama nenek moyang kita"? ataupun "tulus ikhlas dari hati.."?

"sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama.. tetapi ia adalah cara hidup kita.."

sepertimana yang semua muslim muslimat maklum, Islam merupakan agama yang lengkap.. Ianya merangkumi segala aspek dan perbuatan yang kita lakukan.. baik cara kita berpakaian, bertutur, belajar dan sebagainya.. Dan suka diingatkan disini bahawa, Agama itu Nasihat.. bermakna, Islam telah menyediakan segala keperluan kita yang mampu membawa kita kepada Husnul Khatimah.. namun, pernahkah kita menyedari akan peluang yang berdeadlinekan ajal ini..?

"esh!! ala.. aku baru 19.. nak bertobat pun, muda lagi.. hurm, aku janji, genap je umor aku 50.. aku mula bertobat.. memang konpem la tak tinggal tikar sembahyang 2..."

haa.. biasa keluar tak ayat yang sewaktu dengan ni dari mulut kita.. haa... tak ngaku?? *tepuk dada tanya iman yup*.. yakinkah bahawa ada umur 50 tu untuk kita? yakinkah kita yang kita akan berpeluang menikmati kejayaan dan hidup bersama anak cucu serta cicit, dan masih ada kah esok untuk kita??

Prof Dr.Hamka pernah berkata :
"kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan.. tetapi, kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.."

ana yakin, sahabat sahabiah semua mampu memahami intipati kata-kata Prof Dr. Hamka di atas.. Jadi, ana rasa, tidak perlulah ana menghuraikannya dengan lebih lanjut.. marilah kita muhasabah diri kita kembali dan rangkakan strategi menuju ke al-Jannah.. sesungguhnya, Allah telah berfirman dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 10-14 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang paling dahulu(beriman) merekalah yang paling dahulu(masuk Syurga). Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada di dalam syurga kenikmatan. dan segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu.dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.."

Persoalannya, adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang kemudian yang sudah tentu begitu kecil bilangannya yang berjaya menikmati keindahan Syurga? tergolongkah kita?
bak kata kawan ana, " you don't know, I don't know, and nobody else know.." but, remember, that Allah always Knows..

jadi, setakat ini sahaja post ana buat kali ini.. harapan ana agar apa yang ana kongsi kali ini, tergolong dalam ilmu-ilmu yang bermanfaat buat diri ana sendiri dan anda semua..InsyaAllah..
wassalam..



19 January 2010

FITRAH yang manjadi FITNAH!

assalamualaikum w.b.k.h.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada senior ana kerana post kali ini diilhamkan melalui komennya di FB.. alhamdulillah, moga artikel ini mampu memberikan kita iktibar dan input-input berguna dalam merentasi alam remaja ini..

FITRAH yang manjadi FITNAH!

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. 

Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
 
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niatyang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.

-Sebuah artikel daripada majalah
anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).


10 January 2010

anda LESU??~

assalamualaikum w.b.k.h..

sebagai seorang pelajar, kita memang tak boleh lari dari istilah : lesu, tidak bermaya, tidak cukup tidur dan sebagainya kan.. haa.. jadi, memandangkan ana pun mengalami masalah yang sama, besarlah hati ana nak kongsi tentang isu LESU dan bagaimana cara untuk mengatasi kelesuan ni.. harap, dapat bagi input kat kita semua yup..! =)

CARA mengatasi keLESUan

1. tidur yang cukup
dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.. berapa jam?? lima jam semalaman sudah memadai.. iaitu, dari jam 12.30 tgh mlm sampaila 5.30 pagi.. dan, kalau tak salah, tidur yang tidak mencukupi menyumbang kepada masalah obesiti.. (xnak!)

2. tidur sebentar waktu tengah hari (qailulah)
jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah seketika sebelum waktu zuhur.. tidur ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W dengan syarat, berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail.. satu jam qailulah menyamai 3 jam tidur pada waktu malam..

3. kerja sokongan
apabila anda belajar, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja :
-kerja utama dan kerja sokongan yang aktif.
sebaik saja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. cthnya, mencari bahan rujukan, mnyusun fail, berdiskusi dengan roomate, dan mencari bahan dari internet.. (make sure, bukan bukak FACEBOOK yup) heee~

4. aktiviti pergerakan
lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti, lakukan kerja sambil berdiri, melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap (penulis tidak maksudkan 'skodeng' yup), dan juga mengemas tempat belajar..

5. lain2 aktiviti
kalau dah lesu dan memang tidak bermaya jugak, bolehlah buat secawan minuman yang berkhasiat, berwudhu' dengan niat hendak menghalau syaitan yang menggangu proses menimba ilmu, dan juga membuat senaman regangan kecil seperti menggerak-gerakkan jari,meregangkan bahu, leher, dan juga tangan..


namun, sebelum belajar, kita mestilah menanam motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja dengan pencapaian yang paling cemerlang.. haa.. bukannya, nak cepat-cepat siap, tapi, kerjanya kurang memuaskan..kita juga boleh berdialog dengan minda kita, dan mengarahkan minda kita supaya berkerja dengan cergas dan cerdas. latih minda untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasalah rasional dalam membuat sebarang keputusan..

selain itu, makanan juga boleh menyebabkan kelesuan..antaranya ialah :

- makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya..
- nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).. ngee~
- nasi pulut.. (kat arked xde.. so, no worry.. hehe)
- makan tengah hari yang berat... (ups! biasanya, memang makan nasi tengah2 hari nie.. aiseyh.. kena ubah la nie ye..)
- makanan yang tidak berzat dan berkhasiat ( tidak mengandungi karbohidrat, gula atau lemak) juga boleh menyebabkan kelesuan kerana kekurangan tenaga yang disumbangkan..

kalau buat survey tentang siapa yang 'skip' makan pagi ni, mesti ramai kan? hehe...
"ala... nak jimatlah..", "aku nak diet la.. xnkla makan pagi..", " ish! kelas start kol 8.. aiseyh... arked pn x bukak lagi..." haa.. banyaknya alasan kan? hehe.. takpe2.. ana faham sebab ana pun lebih kurang je.. :D ... tapi, ana yakin, ramai yang dah tahu akan kepentingan 'breakfast' ni.. jadi, di sini, ana nak kongsi juga antara makanan-makanan yang dapat mengelakkan kelesuan kita semua..

antaranya :
-bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
-fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
-buah-buahan
-air mineral
-susu segar

haa.. jadi, arked, cafe or kedai makan bukan lagi menjadi alasan kita untuk skip breakfast.. kalau pergi giant ke, bolehlah borong banyak-banyak makanan-makanan ni semua yup.. borong untuk sebulan terus.. laagi senang.. =)

next, bagaimana nak mengelakkan lesu ketika kuliah, presentation dan juga diskusi.. haa.. bab ni, jom kita baca elok-elok.. lepas ni takdelah mengantuk/'tersengguk-sengguk' lagi dalam kelas..

bagaimana nak mengelakkan lesu ketika kuliah

-fokus
-datangkan minat yang mendalam.. (boleh diaplikasikan untuk subjek-subjek yang memerlukan banyak pembacaan dan pemahaman spt Basic Principle in Education, sejarah)
-jana minda untuk bertanya secara kritis
-catat menggunakan peta minda
-dengar lecture dengan jelas
-baca fikiran pensyarah mahupun teman diskusi anda
-keluarkan pengetahuan atau pengalaman lalu sebagai input perbincangan semasa..


APA??? masih mengantuk??

itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan, tidak pernah leka dalam menjalani segala perintah dan suruhanNya yang Esa, serta tidak pernah bertangguh dalam menjalani tugas untuk mencabut nyawa dari badan manusia.. dan kita? alahai..kadang-kadang, pegang pen pun boleh terjatuh kan kalau dah mengantuk!

oleh itu, jadikan lah kelemahan kita ni, sebagai pemangkin untuk mencoret segala kebaikan.. jom kita sama-sama berusaha untuk mengubah tabiat lesu ni kepada cergas dan bersemangat waja.. ayuh! chayo'!