Followers

14 October 2009

Jihad (1)

bab 1 :
apa itu Jihad?

sebagai muqaddimahnya,
perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam.

dari sudut bahasa,

Jihad
berasal daripada kalimah al-Juhd,
yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini,
maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha
mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal,
iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat
keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya.

Dalam pengertian yang lain,
Jihad
adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang
tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.


Jihad
menurut al-Quran pula adalah umum dan menyeluruh,
iaitu merangkumi semua aspek daya serta tenaga kemampuan
dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya
demi mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran.
“Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah
meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan berupa manusia
dan juga Jin yang kerap menggoda nafsu manusia
dalam bentuk zahir ataupun batin.


Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai ayat.
Antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu,
menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran,
pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.


entry seterusnya : "Jihad sebenar dalam Islam"

rujukan: JAKIM



No comments: