Followers

19 October 2009

Ukhuwwah

Ukhuwwah~


Ukhuwah…apa tu??!!
Adakah anda menyemai ukhuwah anda melalui persahabatan yang tulus ikhlas atau menggunakan keegoan yang tidak pernah mengalah?

Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita…kerana ukhuwwah adalah titik kekuatan kita. Semua musuh islam sangat-sangat beriman dengan hakikat ini...Bagaimana pula dengan kita?

Kadang-kadang kita tertipu dengan keramaian. Kita tafsir ukhuwwah fillah dengan tahap keramahan dan keramaian kita. Makin ramah, makin ramai sahabat, hubungan baik...maka, itulah ukhuwwah fillah. Tapi sebenarnya sejauhmana hati-hati kita telah benar-benar diikat dengan tali Allah? Lapang dada kita...ithar kita...budaya ta’awun (tolong menolong)...tanassuh (nasihat-menasihati) ...tarahum...Sudah cukupkah? Sudah terbuktikah?

Baju sahabat yang belum berbasuh, berapa ramai yang ringan tulang tolong cucikan?

Bila sahabat datang ke rumah, berapa ramai yang melayan bersungguh-sungguh? Atau sekadar buka pintu, kemudian lari masuk ke bilik masing-masing...

Bila datang ke rumah sahabat, melihat pinggan mangkuk kotor di sinki, berapa ramai yang tolong basuhkan? Atau kita sendiri makan dan menambah bilangan pinggan kotor di sinki?

Bila sahabat bertandang, berapa ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam? Atau kita buat tak tahu,, teruskan membaca al Quran atau menghadap laptop...

Bila sahabat minta tolong, berapa ramai yang menghulurkan?

Bila sahabat pulang ke rumah dari universiti atau hospital, berapa ramai yang bertanya khabar dan perasaan dia? etc...

Bila ukhuwwah masih belum settle, bagaimana mahu bicara tentang negara...tentang khilafah...tentang ustaziyatul ’alam? Tidak tertegak negara islam Madinah tanpa persaudaraan Ansar dan Muhajirin. Nabi sedar kepentingan hakikat ukhuwwah fillah ini.

kita sering mepersoalkan ukhuwwah orang lain tapi jarang sekali kita menjadi orang yang bertolak ansur jika terdapat perselisihan faham.

“Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

Virus boleh menyerang bila body defence jadi lemah. Body defence di sini adalah iman. Iman dan ukhuwwah sangat berkait rapat; yang satu melahirkan yang satu lagi.

Jika iman tidak dijaga, maka mudahlah syaitan dan musuh menyerang. Akhirnya, ukhuwwah kita dijangkiti virus; untuk mengubatinya akan ambil masa pula...boleh jadi setahun dua.

Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”




itulah antara sedikit sebanyak yang saya baca dari lawan web tarbiyyah itu

ya...kita sering mempersoalkan ukhuwwah orang lain pada kita tapi jarang kita melihat bagaimana ukhuwwah kita pada orang lain.Satu perkara yang harus kita renungkan.

mungkin ini adalah antar ayat-ayat yang sering kita tuturkan:

"Asyik aku aja yang ajak dia makan. Hari ni aku nak tengok dia ajak tak aku makan,"

"Asyik aku aje yang senyum dulu kat dia, Hari ni aku nak tengok dia senyum dulu tak kat aku"

"Asyik aku aje yang tegur dulu, Hari ni aku nak tengok dia tegur tak aku dulu,"

"asyik aku je..."

itulah kata-kata yang sering kita ungkapkan antara sedar atau tidak.

Hadis rasulullah s.a.w:
"Dari Annas Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Jadi, antum antunna fikirkanlah, adakah selama ini kita memikirkan sahabat-sahabat kita sama ada berada dalam kesusahan atau kesenangan dikala kita sedang menikmati keindahan hidup.Sejauh manakah anda semua menghargai sahabat-sahabat anda selama ini, selama anda berkongsi bumbung asrama dengan mereka?
Fikir-fikirkanlah!!

JAUHKAN PERSENGKETAAN,
SEMARAKKAN UKHUWAH BERPAKSIKAN IMAN!!!

p/s : entry kali nie, berkisarkan tentang ukhuwwah a.k.a persaudaraan sesama kita.. dan sukacita dimaklumkan, entry kali nie, ana ambil dari post salah seorg shbt ana dr blog exSIM.. jadi, kepada shbt2 (imtiaz) yang dah lama x buka laman web 2, bkak2 la (nasihat utk diri ana sendiri jgak=).. ).. ade input2 penting yang sentiasa diupdate.. sekian..

wallahu'alam..

No comments: