Followers

28 March 2012

K.A.W.I.N




assalamualaikum w.b.k.h..
semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik olehNya..

kenapa saya tiba-tiba post pasal kawin ni?
memang tak dinafikan isu kahwin ni antara isu yang paling hot dalam kalangan muda-mudi pada masa kini. Lebih-lebih lagi, dalam kalangan mahasiswa..
yelah, daripada duk berdua-duaan, berpimpin tangan pergi pasar malam
tanpa ada ikatan yang sah, baik halalkan saja perhubungan tu. ye dak?
benda-benda yang dianggap 'common' ni la yang membawa kepada
peningkatan kes zina, pembuangan bayi dan sewaktu dengannya.

siapa kata kahwin masa belajar ni susah? me myself, already have two friends yang dah kahwin by the age of 20. dan alhamdulillah, kehidupan mereka pun nampak bahagia je. Dah ada kekasih halal la katakan. takde orang nak larang pun kalau nak berdating bagai. :)

then mengenai isu couple pula, apa kata kita hayati kata-kata UAI di bawah ni. Alah, kata-kata UAI yang paling famous. buktinya, kata-kata ni lah yang sering menghiasi wall-wall kawan-kawan dan mungkin juga diri sendiri. Kan? :)

*gambar kecik alahai.. =.=*

another main point yang saya nak share kat sini adalah mengenai persepsi masyarakat terhadap isu kahwin ni. firstly, suka saya petik dua pendapat berbeza daripada lecturer saya kebelakangan ni mengenai isu kahwin. sebelum tu, note that yang ahli kelas kitorang semuanya cantik dan takde hensem.

kata lecturer P :
Buy your own car, house, property, having great job and etc
and later then baru you fikir pasal kahwin.

kata lecturer L :
Perempuan ni, patut fikir cepat-cepat pasal kahwin ni. kenapa?
by the age of 26, kamu semua akan mula risau dan terbeban dengan persoalan
'sapa yang nak kat aku'.

kata saya : sampai jodoh, saya kahwin.. hehe

Firman Allah S.W.T dalm surah An Nur 24:32 yang bermaksud :

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita.
masing-masing dah kenal hati budi dah faham kehendak dan keperluan diri sendiri.
jadi, fikirkan langkah seterusnya dan bincangla dengan ibu-bapa..
insyaAllah, mereka faham. kalau nak kukuh lagi hujah-hujah,
bagi je tengok video kat bawah ni.. :)

p/s : Jom hayati.. :)





2 comments:

kelip kejora said...

sudah lama menantikan coretan dari sahabat tercinta ini,,teruskan berkarya ya ukht,,=)

Azreen Farihah said...

Jannah.. :)
insyaAllah.. sedang cube untuk konsisten menulis..
sedang bertatih2 lagi ni jannah..
:)