Followers

30 March 2012

saya suka senyum. awak?




assalamualaikum :)

tengok tajuk, tengok gambar, dah tahu kan apa yang akan diperkatakan.. of course, mengenai SENYUMAN.. nah, senyum sikit :)

sejak dari kecil lagi, ummi selalu cakap yang saya bermulut M.
kalau senyum nampak = Manis
kalau xsenyum nampak = Masam..
betul ke? =.=!
kawan-kawan pun selalu cakap yang kalau tak kenal,
mesti ingat saya sombong. ^^
haa, ni pun ada kaitan dengan senyum jugak lah ni. haish~

kenapa susah nak senyum?

1) senyuman tak berbalas

yang ni lah faktor utama kenapa susah sangat nak senyum. korang pernah tak alami situasi di mana korang mati-mati senyum kat seseorang ni. tapi, dia cool, buat tak endah je. apa perasaan korang? mesti rasa nak cari kotak dan menyorok dalam kotak kan?

2) mengejek

setiap orang Allah dah cipta punyai keunikan masing-masing. tak percaya? cuba tengok kawan-kawan kita. masing-masing punyai senyuman yang unik kan? sebab tu senyuman ni tak kira rupa paras. asal senyum je, sapa-sapa je akan tertarik.. tapi, ada juga yang bila senyum, orang jadi musykil. "aish, dia ejek aku ke tu''.. kenapa? mungkin sebab senyuman tu nampak sinis ataupun terlalu manis sampai orang pun naik pelik. sebab tula ramai yang ambil jalan supaya tak senyum kepada orang yang dikenali.

3) malas

yang ni pun boleh jadi salah satu faktor jugak. tahap kemalasan memang berada di tahap maksimum sampai nak gerakkan bibir pun susah. kalau jumpa ngan orang-orang macam ni, kita bagi dorang dengar kuliah ustaz Azhar Idrus banyak-banyak. boleh? :)

ok, cukupla tiga sebab je kenapa susah sangat nak ukirkan senyuman. nanti banyak-banyak malas pula nak baca kan? apa kata sekarang kita tengok pula kenapa kita perlu senyum? jom!

kenapa perlu senyum?

1) senyum itu satu sedekah

Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Kitabul Adab bermaksud "engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah.." wah, senangnya nak bersedekah kan.. tak perlu keluarkan wang ringgit pun. cuma senyum je kat orang lain. dah dikira bersedekah. syok kan? :)

2) gembirakan hati

kita juga perlu senyum untuk menggembirakan hati orang lain. besar pahalanya kalau kita menggembirakan orang yang sedang berduka. bahkan, kita pun akan jadi gembira kalau tengok orang yang kita sayang gembira. bila dah sama-sama gembira, mestilah hubungan pun jadi lebih rapat dan harmoni kan? senyuman kan pengikat hati..sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman) - Hadis riwayat Muslim. :)

3) menarik

senyuman itu membuatkan orang lain tertarik dengan kita. kenapa? sebab senyuman yang ikhlas itu tersangat-sangat indah dan menarik. tak percaya? cuba ambil cermin, dan senyum. cantik tak? :) takpun, cuba keluar bilik dan senyum kat housemate.. mesti dorang pun akan senyum balik. kenapa? sebab dorang tertarik dengan senyuman anda. :)

4) kajian

mengikut kajian yang biasa kita dengari, senyuman manis hanya memerlukan 16 otot untuk digerakkan berbanding 43 otot apabila muka seseorang itu masam. tapi, kalau diikutkan, banyak lagi kajian-kajian mengenai senyuman ni. ha, kalau nak tau lebih lanjut mengenai senyuman dan fakta-fakta mengenai senyuman ni, boleh la jenguk kat sini..

4 je la yang mampu dikongsi malam ni. sebenarnya, ada 1001 lagi sebab kenapa anda perlu senyum. kalau anda penggemar lagu-lagu tanah air, mesti la biasa dengar lagu ni kan?

Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

semua orang suka senyuman. lirik kat atas ni memang ada benarnya. kalau semua orang kat dunia amnya dan malaysia khususnya saling mengukirkan senyuman, pasti dunia ini tidak kenal erti bermusuhan, dsb. setuju tak?

oklah, sebelum tirai dilabuhkan, apa kata kita baca info menarik mengenai senyuman ni.
sumber asal : wikipedia.

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.

Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.




si comel ni cakap : senyum tu awet muda! :)



wassalam. :)


No comments: