Followers

29 March 2012

LALAI

assalamualaikum w.b.k.h

Hari ni telah disedarkan kembali bahawa hidup di dunia ini hanyalah pinjaman.
setiap udara yang dihirup, setiap nafas yang dihembus, mesti dibayar dengan amalan.
petang tadi, time kokurikulum, ustaz zaki a.k.a penasihat ko kitorang ada cakap pasal kepentingan dan kewajipan mengetahui sifat-sifat harus dan wajib bagi Allah S.W.T.. Setiap penjelasan ustaz buat diri ini terasa kerdil.. Terasa seakan-akan terlalu lalai. lalai dengan matlamat diri sendiri yang langsung tak menyumbang kepada agama. lalai dengan kesibukan menjaga perasaan dan kemaslahatan kawan-kawan yang belum tentu dapat menjamin diri masuk syurga. lalai terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan. lalai dengan keindahan duniawi yang hanyalah persinggahan semata. ya Allah, aku berlindung dari perbuatan yang melalaikan ku dari mengingatiMu ya Allah.. Redhailah aku. Redhailah kami. Redhailah ahli keluarga serta teman-temanku ya Allah. bantulah kami dalam mendekatkan diri kepadaMu ya Allah.. sesungguhnya, hanyalah kepadaMu kami meminta dan berharap..

wallahu'alam..

No comments: