Followers

07 April 2012

Aku seorang Pendosa



tatkala malam menyinggah
dia lena dibuai mimpi indah
tatkala mentari menyinari
dia leka dengan duniawi
demi menjadi seorang insan
diri seorang hamba dilupakan
masa berlalu dan dia masih begitu

bibir yang dahulunya selalu
mengalunkan kalamMu ya Allah,
kini rancak dengan bait kata-kata kosong
suara yang merdu merintih dikala dinihari
kini tidak lagi kedengaran olehNya

memang,
dia seorang pendosa
yang leka dengan kemanisan syurga dunia
ya, dia seorang pendosa
yang sentiasa menghambakan diri kepada cinta manusia
walhal, apakah yang nak dikisahkan dengan dia
dia itu mungkin aku dan mungkin kamu
seorang pendosa sombong lagi angkuh
gah merebut dan menunjukkan kuasa
walau nurani sentiasa membisikkan
'yang maha berkuasa itu adalah Dia'

Allah.
sesungguhnya Engkau maha mengasihani
rahmatMu meliputi setiap apa yang ada di langit dan bumi
bantulah dia ya Allah
agar dia sentiasa menagih akan cintaMu
agar dia berusaha menjadi seorang hamba
agar dia tahu apa ertinya dia di dunia

kerana..
dia itu adalah aku
dia itu adalah kami
dia itu adalah mereka..





hidayah..
mengapa hanya menunggu
sedangkan ianya untuk dicari.






No comments: