Followers

06 May 2012

kesempurnaan.


assalamualaikum.

dah lame tak update blog ni. teringin jugak nak update hari-hari. tapi, apakan daya, kekangan masa membuatkan diri ini terbatas untuk update dan terus update. lately, diri ini terlalu sibuk dengan tests, kuiz, dan program-program lain yang amat amat menguji ketabahan dan kecekalan diri. (esh.baru sem 3 ni!) okey, kali ini, tiadalah lain yang ingin dikongsi melainkan, 'KESEMPURNAAN' ataupun "PERFECTION''..

ye, memang dah kita semua maklum yang manusia tiada yang sempurna, kerana kesempurnaan itu adalah milikNya yang maha Esa.. Jadi, siapalah diri kita ini mengharapkan kesempurnaan itu. tapi, walaupun dah tahu, kenapa diri selalu rasa down, selalu rasa give up, bila hadirnya satu musibah? Itulah yang dinamakan fitrah. memang fitrah manusia inginkan kesempurnaan. Contohnya, pergi kuliah. mestila nak cantik-cantik. nak hensem-hensem kan? barula ade feel. untung badan, ade yang 'terjatuh'. betul tak? haa.. kalau betul, yang ni kena check betul-betul. adakah kita berpakaian, menutup aurat tu, semata-mata demi pandangan manusia? kalau ya, itu maknanya kita hipokrit. yup, hipokrit dalam beragama. okey, get it?

secondly, kesempurnaan pasangan. sebenarnya ni adalah main point entry ni. semalam ada terbaca satu blog. Blogger tersebut baru je umur 20. tapi, alhamdulillah, dah selamat mendirikan rumah tangga. usha punya usha page dia, tiba-tiba rasa seronok. tengok gambar-gambar kahwin. kenapa? kerana, perkahwinan itu adalah atas dasar pilihan keluarga. walaupun tak kenal, still nampak bahagia. seronok kan bercinta selepas nikah ni. semua nya halal. semuanya tak terbatas. yang best nya, siap dapat pahala lagi. couple ape dapat?

kalau ditanyakan mengenai pasangan idaman, meleret-leret list yang dibuat. semuanya, nak yang perfect. kuat ibadah la, alim la, hensem, kaya-raya, cantik, tip top dan sbg. tapi, diri kita ni sempurna ke tidak? solat pilih-pilih waktu saja. subuh liat bangun. (bebelan untuk diri sendiri) puasa pun liat nak berganti.. so, sempurna ke kita? Allah dah berjanji bahawa perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan begitu la sebaliknya. jadi, untuk mendambakan yang 'perfect', kita perlu menjadi seorang yang 'perfect' juga. barula aman sejahtera baitul muslim yang dibina nanti. dan yang paling penting, jangan sesekali melihat kepada masa silam seseorang. semua orang mempunyai masa silam. namun, tak beerti masa hadapan juga kelam.

saya? ya, saya mengaku saya pun banyak sangat khilafnya. banyak kekurangan. jadi, siapalah saya mengharapkan kesempurnaan pada diri orang lain. dan siapalah saya untuk mempunyai kisah hidup yang sempurna seperti orang lain. saya belajar. ya, belajar untuk bersyukur dan menerima. semua yang Allah kurniakan kpd saya sekarang ada hikmahnya. untuk mematangkan mungkin. untuk bermuhasabah juga mungkin. only Allah knows the hidden. :)

wassalam.


1 comment:

nurmazafira abd rahim said...

assalamualaikum azreen..

it has been a while right?

rindu azreen sangat-sangat...
tak pernah pun lupa azreen selama ni...

love,
nurmazafira