Followers

18 December 2009

Akulah yg kejam


..AKULAH YANG KEJAM..


Manusia…

Allah sangat baik kepada kamu..

Kenapa kau selalu ingkar pada suruhanNya?

Kau selalu ketepikan hak Allah atas dirimu..

Kenapa begitu kejam wahai manusia??...

Di mana hatimu?

Di mana akal warasmu??..


Ya Allah..

Kau maha Esa..

Aku hamba hina..

Aku selalu lupa kepadaMu..

Tapi Kau maha Mengasihani..

Kau pulangkan aku ke pangkal jalanMu dikala aku hanyut di dunia khayalanku..

Kau menarik kembali perhatianku pada Mu dikala aku alpa dengan syurga dunia..

Kau hulurkan pertolonganMu di kala aku sangat memerlukannya..

Kau beriku peluang demi peluang untukku kembali mengejar cintaMu..

Namun, aku masih sering berburuk sangka kepadaMu..

Lantaran kejahilanku..

Hanya kerana Kau tidak mengabulkan hajat ku..

Aku lupa bahawa Kau maha mengetahui apa yang TERBAIK untukku..



Ya Allah,

Pulangkanlah imanku ya Allah…

Jangan kau biarkan ia lari jauh dariku walaupun sedetik cuma..

Hatiku akan meronta tanpa iman..

Yang semestinya mendekatkanku kepadaMu..

Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia..

Aku tidak pernah mensyukuri segala nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan..

Aku lalai untuk menadah tangan meminta pertolonganMu..

Bahkan, kepada manusia jualah aku meluahkan perasaan..

Sesungguhnya, aku lupa bahawa Engkaulah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..



Ampunkanlah aku Ya Allah..

Aku hambamu yang hina..

Yang seringkali alpa….

Namun, aku berjanji ,Ya Allah,

Tidak akan kecundang lagi..

Kerana Kini telah kusedari,

Akulah Mujahid penegak Deenul Islami..!

Telahku bulatkan tekad dan sematkan keazaman

Demi penghijrahan diriku sempena Tahun baru ini..



salam maal hijrah..


No comments: