Followers

16 December 2009

Hakikat Cinta..


Tolong sampaikan pada si 'dia'....


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya, bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih menilai zuhudnya, bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula membayangkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu menguasai fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah bercinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..


Hanya Engkau Ya Allah, yang maha mengetahui siapa si 'dia'..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..



Simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu diriku suatu hari nanti..




p/s : semoga post kali nie, sedikit sebanyak

mampu menyedarkan kita hakikat sebenar CINTA..



*this article is from my fren... credit 2 Nani..






No comments: