Followers

21 December 2009

'tolong + terima kasih'



insyaAllah, post kali ini, ana nak 'highlight'kan istilah yang amat mudah untuk disebut, tetapi tersangatlah susah untuk diungkapkan.. istilah ini juga boleh membuatkan si pendengar senang hati.. haa.. agak-agaknya lah kan, boleh teka tak? istilah yang ana maksudkan itu ialah



"tolong dan terima kasih"...


tolong :-

which one do you prefer? :

situasi 1 :-

"husna, bukak lampu jap"

situasi 2 :-

"husna, tolong bukakkan lampu boleh?"

haa...jadi yang mana pilihan hati antum-antunna semua? ana konfem yang semestinya situasi 2 lagi memikat hati kan? jadi, kenapa susah sangat bagi kita semua untuk menzahirkan ungkapan 'tolong' tu? adakah kerana semata-mata untuk mempertahankan ego yang memuncak-muncak? ataupun, kerana sahabat karib yang menjadi alasan?

" ala... dia kan kawan baik saya. buat apa nak skema-skema sangat? "

hurm, macam-macam alasan kan.. walau dah terang-terangan salah pun, tetap nak isytiharkan yang diri tu betul.. boleh ke?


terima kasih :-

indahnya ungkapan terima kasih ini seandainya bersulamkan keikhlasan.. namun, seringkali juga ungkapan ini diabaikan dalam kehidupan seharian kita..

"alaa... kawan kan.. biasala tolong-tolong nie.. tak payah terima-terima kasih pun"

namun, jauh disudut hati, tetap mendambakan ucapan tu kan? =) orang yang tolong kita dalam keadaan terpaksa pun boleh cair kalau dengar istilah tu.. tak percaya ea?

A : boleh tak kau tolong print assignment aku?
B : kejapla.. aku ada kerja ni..
A : ala.. kejap je.. lagipun, jap agi kelas sir nawy.. matila aku kalo tak submit lagi nie..
B : apsal kau tak pegi sendiri?
A : aku tengah kelas lagi ni..
B : okla.. bak sini pendrive tu..!

B pun dalam keadaan yang banyak kerja pun, terpaksala tolong A.. semestinya, macam-macam kata-kata kesat+tidak senonoh yang dilemparkan kat A.. tapi, 4 sure, dalam hati jela kan...

sesudahnya.....

B : Nah... tapi, jangan lupa tau, belanja aku 3 hari 3 malam..
(sempat lagi si B mintak lebih2.. nampak sangat tak ikhlas kan?)
A : tak kisahla tu.. TERIMA KASIH B.. kau memang kawan yang baik...
B : err... urm, sama-sama...

haa.. tengok.. kan dah terbukti peri pentingnya ucapan tu..ucapan tu saja dah cukup untuk menzahirkan betapa kita menghargai jasa dan pengorbanan seseorang kat kita.. jadi, kenapa susah sangat nak menghargai jasa orang kat kita? tidak ada salahnya kalau rendahkan sikit ego tu.. faedahnya, kita akan lebih disayangi dan disukai orang..

kalau kat Allah pulak macam mana? kedekutnya seseorang hamba itu seandainya tak pernah mengucapkan kalimah "alhamdulillah" sebagai tanda syukur atas segala nikmat + musibah yang Allah berikan.. jadi, tidak mustahilla kalau tak pernah ucap 'terima kasih' kat ibu-bapa mahupun sahabat handai..

walau apapun alasan+bantahan+hujah kita, namun, akal yang cerdas tetap tidak akan mempertikaikan kepentingan ungkapan-ungkapan tersebut..

jadi, jikalau kita mahu orang lain sopan terhadap kita, bersopanlah terhadap orang lain.. gantikan kata-kata kasar yang seringkali diungkapkan dengan kata-kata yang boleh menyenangkan telinga yang mendengar.. inilah yang boleh mengubah persepsi orang terhadap kita.. jadilah insan yang tinggi budi bahasanya.. kelak, kita pula yang akan disanjung tinggi.. insyaAllah, kehidupan akan lebih diredhaiNya..





jadi, di sini, ingin ana lafazkan ucapan indah ini buat semua sahabat ana, kerana
sentiasa bersama ana dikala mentari menyinar dan jua dikala badai melanda..

TERIMA KASIH sahabat... =)



2 comments:

husna said...

like it!!
trigat fist tyme dgar tazkirah ni kat imtiaz dulu...kak yah yg bagi mase tu(kite f4 mse tu)...
sgt bermakna...

1 more easy word n really meaningful
-MAAF-
lpas buat salah sama ad sngaja o tidak...mmg mencairkn hati yg tgah marah....=)

farihah ahmad said...

yup.. u're rite.. nie una wan ke?