Followers

02 October 2012

Darjah 1 vs Mahasiswa. Oh!



Pergi ke pekan membeli sagu,
Pergi bersama si cantik Nurma;
Indah paras buruk tingkah laku,
Ke mana sahaja tidak diterima.


Acewah, berpantun bagai entri kali ini. Saja nak bagi cikgu Bahasa Melayu sekolah dulu bangga sikit ada murid yang masih memartabatkan Bahasa Melayu ni. Hehe. Terima kasih cikgu buat saya cinta akan bahasa ibunda ini. Walaupun Bahasa Melayu saya sekarang makin teruk. Nak berpuitis pun dah tak mampu. Takkan nak gurindam pulak kan duk UiTM ni. 

Entri kali ini bukanlah nak tonjol betapa hebatnya saya berpantun. Bukan juga kerana mahukan UiTM tukar bahasa utama. Tapi, entri kali ini adalah berkenaan dengan amalan-amalan yang telah kita lupakan. Saya tak nak ambil contoh amalan membaca. Dah tersangat klise dah. Saya cuma nak ambil contoh 'simple'. Ala, amalan-amalan yang budak darjah satu sangat ambil berat dan kita yang dah besar panjang hanya memandang remeh. Rasa tercabar pulak kan? Budak darjah satu VS Mahasiswa. Aish! Nak cerita pun malu. Tapi nanti tak lengkap la pulak entri ni kan. Ok, stop.

Amalan-amalan yang dimaksudkan tu adalah seperti di bawah :

1) Amalan membuang sampah.

Dengar macam remeh kan? Tapi sebenarnya tidak. Budak darjah 1, pergi sekolah awal-awal, tengok jadual tugasan, ambil penyapu dan sapu sampah sampai bersih. Tapi mahasiswa di universiti, pergi kelas memang betul-betul 'punctual' (kalau kelas mula pada pukul 8, maka pukul 8 la baru terpacak di dalam kelas) duduk, sembang-sembang tunggu pensyarah masuk, masa kuliah mengantuk sebab syok sangat main dota sampai subuh, seluk poket seluar, ambil gula-gula, makan, dan selit pembalut gula-gula tu di celah-celah meja kuliah. Sangat tidak 'cool'. Mungkin kreativiti yang ingin ditunjukkan kerana berjaya menyorokkan sampah tanpa ada orang perasan. Cik abang, Cik kak, kalau dah banyak sangat terselit dan menyelit tu, akan nampak la jugak kan. Jangan risau, mak cik cleaner tu tak kan makan gaji buta pun kalau korang buang sampah tu sendiri. Dorang sendiri banyak kerja jugak. Anggap la kalau orang buat macam tu kat emak kita. Sanggup ke tengok? Kalau buat pertandingan kelas terbersih ni, konfem kelas budak darjah satu menang. 

2) Kreativiti tanpa mengenal tempat.

Nampak macam hebat. Ya, saya tahu. Memang sekarang kerajaan sangat menggalakkan rakyat agar tampil kreatif. Tapi, kalau dah terlebih kreatif tu, susah jugak. Kalau budak sekolah, boleh la tahan. Paling-paling pun, mereka akan padam jugak bila nampak rotan guru kelas. Tapi, kalau yang mahasiswa ni macam mana pula lagaknya? Habis meja diconteng-conteng. Siap buat komik lagi. Macam-macam watak hero dan heroin ada. Tak yah cakap la yang tulis surat cinta bagai tu. Sangat tidak matang. Kalau nak melukis sangat, sediakan siap-siap 'sketch book' dalam beg tu. Senang. Terus keluarkan bila tangan dah mula terketar-ketar nak melukis tu. Bukukan hasil kreatif anda tu. Sekurang-kurangnya, tenang sikit masa kuliah. Yelah, meja sikit pun tiada hasil contengan. Barulah berkat ilmu yang kita belajar kan? Sebab tak leh tulis 'toyol' atas meja masa kuiz. Haha. Padan muka.

Kali ini saya kongsi dua amalan saja. Nanti panjang-panjang, meleret-leret la pula kan? Jadi, kesimpulannya,  kalau dah harta awam tu, sama-samalah kita jaga. Untuk kegunaan bersama juga kan? Jadi, sama-samalah kita semai sikap bertimbang rasa. Jom jadi matang. :)



No comments: