Followers

03 October 2012

Semester ini. Hectic?


Asal malam Khamis je mesti fikir. Nak guna beg mana esok ni. Yang ni ke yang ni? Dua-dua dah nak putus. Lagi best, esok jadual penuh sampai petang. Buku-buku pula boleh tahan tebalnya. Memang betul-betul berjihad la kami sekelas. Takpe, takpe, demi ilmu, lautan bergelora sanggup kami renangi. Eh? 

terpaksa 'stapler' tali beg ni buat sementara waktu. =.=!

Bahu kiri pun dah makin sakit. Ingatkan tersalah tidur ke hape. Mana tak sakit kalau semua buku nak disumbat dalam beg kecil molek ni. Dah nak buat macam mana memang diri ni tak suka nak 'kelek' buku dengan tangan ala-ala lecturer tu. Esok kalau sakit lagi, tampal panaflex la gamaknya.

                                                 
                                                 mungkin kena consider beli beg macam ni. senang. takde sakit bahu dah lepas ni.

Alang-alang dah sembang tentang akademik ni, nak la juga kongsi berkenaan subjek-subjek yang diambil untuk semester 4 ni. Manala tahu ada junior-junior atau kawan-kawan yang bakal ambil subjek ni semester hadapan. Boleh la tahu sedikit sebanyak tentang subjek ni. Ye dak? 

Pertama, subjek yang paling diminati sejak sekolah rendah. Bahasa Inggeris. Tapi, dah masuk universiti ni, canggih la sikit namanya. BEL 422 ataupun nama panjangnya Report Writing. Subjek ni adalah berkenaan dengan menulis laporan berdasarkan kajian yang kita buat. Setakat ni, pensyarah baru masuk sekali. Subjek ni diajar oleh Sir Mazlan. Pernah belajar di US selama 6 tahun. So, bila dah dengar latar belakang beliau, mula la diri ni rasa cuak. Bahasa mesti kena power ni. =.=

Kedua, subjek Employee Training and Development (HRM 549). Subjek ni diajar oleh Madam Nisak yang mungkin digeruni oleh sebahagian besar pelajar Pengurusan Sumber Manusia ni. Tapi sebenarnya, Madam Nisak ok je. Penyampaian pun padat dengan contoh. Subjek ni penting untuk bakal HR practitioners macam kami. InsyaAllah, kalau ada 'rejeki'.

Ketiga, HRM 542 iaitu Subjek Recruitment and Selection. Ataupun Staffing. Subjek yang agak 'tough'. Sarat dengan point-point penting yang sememangnya kami perlu faham dan hafal. Subjek ni diajar oleh Madam Husna yang mungkin sekarang sudah bahagia menyambut kelahiran anak ketiga beliau. Madam ni ceria bila mengajar. Memang kitorang tak kering gusi lah. Tapi, disebabkan beliau dah cuti bersalin, pensyarah baru yang akan ganti tempat Mdm Husna ni. InsyaAllah, esok masuklah pensyarah baru untuk mengajar kami subjek ni.  

Keempat adalah subjek yang paling ditakuti untuk semester ni. HRM 582. Employment Law. Dah namanya law, banyaklah undang-uundang yang kami perlu hafal. Tapi, tak semua jugak. Yang berkenaan dengan pekerja sahaja. Undang-undang berkenaan gaji, cuti, union, maternity leave, Socso, EPF tu semua termasuk bawah ni. Seronok juga belajar sebujek ni kalau nak banding dengan subjek Business Law masa semester satu dulu. Harap-harapnya, boleh la skor subjek ni walaupun dikategorikan sebagai subjek 'killer'. Oh ya, Madam Khalizani yang ajar kitorang subjek ni. Pensyarah yang punya banyak pengalaman untuk dikongsi.

Kelima, ENT 530 iaitu Entrepreneurship. Subjek yang diajar oleh Madam Hazwani ni sangat-sangat seronok. Subjek ni berkenaan dengan Usahawan. Dah nama nya subjek Keusahawanan. Jadi, sesiapa yang berminat untuk jadi usahawan muda satu hari nanti, eloklah juga belajar subjek ni. Mana tahu dapat jadi macam Syed Mokhtar Al-Bukhary satu hari nanti. Subjek ni la satu-satunya subjek yang paling banyak 'contact hour' nya. 5 jam seminggu. Alasannya, sebab kelas kitorang gabung dengan kelas satu lagi. Mungkin nak pastikan kami betul-betul faham kot. Mungkin.

Keenam, subjek ECO 535 ataupun Labor Economics. Subjek ni diajar oleh Miss Jamilah ataupun nama popular beliau, Miss J. Beliau sangat-sangat berpengalaman dalam mengajar subjek ni. Contoh-contoh yang beliau bagi pun semuanya 'fresh'. Cuma saya la masalah sikit bahagian nak fahami graf-graf ni. Subjek ni pun boleh tahan mencabar jugak. Ada kira-kira dan ada graf. Kena usaha lebih sikit la nak fahamkan semua ni. 

Akhirnya, subjek yang diajar oleh Ustazah Khairiah, iaitu CTU 553. Nama lainnya, Hubungan Etnik. Subjek Hubungan Etnik ni kalau tak silap memang semua Universiti kena ambil. Subjek ni lebih kurang macam sejarah jugak. Tapi tak semua yang kita belajar dari tingkatan satu sampai tingkatan 5 tu masuk. Cuma yang berkaitan dengan etnik-etnik, bangsa-bangsa dan sewaktu dengannya sahaja yang masuk. Subjek ni jugak memang mencabar bagi diriku ini. Sebabnya, dari dulu sampai sekarang memang lemah sikit bab-bab sejarah ni. Kalau dulu, buku sejarah tu boleh dijadikan ubat tidur. Tapi harap-harapnya, Hubungan Etnik ni tak alami nasib yang serupa lah. 

Demikian sahajalah subjek-subjek yang diambil untuk semester 4 ni. Moga semester ni dapat dilalui dengan penuh bersemangat. Doakan kami ye. :)

hah. ni buku-buku yang kena pikul setiap hari khamis. takde gap nak balik-balik hambek.


4 comments:

Farihah Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

btul tu farihah. kesian saya tengok membe sy bwak buku tebal2..

maya said...

Cik Azreen::macam mana tali beg tak putus, semua sumbat dalam beg itu. :D

Azreen Farihah said...

anonymous : hehe. Adatla tu jadik student. Ye dak? :)

maya : hikhikhik. Tu yang berkira-kira nak beli beg roda tu. :D